Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Pak Choy

Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Pak Choy. Setiap orang ada menu kegemaran masing-masing time nak berbuka. Kalau saya, lebih suka nasi dengan lauk ayam kari atau masak lemak cili api. Air panas kopi tarik. Cukuplah. En suami pula dari hari pertama dah mintak sambal telur. Rumah kami kalau masak sambal telur rebus tu tak boleh setakat 5 @ 6 biji. Saya rebus terus 12 biji. Ambik kau! Anak bongsu saya je, sekali hadap dah habis 3 biji. Macam mana tu? Redha je la..


Inilah pic sambal telur rebus kami. Dah lah telur gred B, besar-besar saiz dia. Lepas tu menyambal sampai satu kuali. Haha..

Gambar Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Chap Choy

Gambar Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Chap Choy

Oh ya, selain menu yang tertulis di atas, ada juga sayur pak choy dengan kuih muih sikit. Kami bertiga je, hero sulung on the way balik. Sekarang baru nak naik flight. Semoga dipermudahkan ya nak.. safe journey!

Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Pak Choy


Dah berbuka pun tadi, bagi kawasan kami di JB buka puasa jatuh pada pukul 7.09 malam. Iaitu puasa hari ke 3. Alhamdulillah.

Walau makan bertiga, menu saya masak banyak terus, kalau sambal telur tu boleh buat lauk sahur sekali. Tinggal panaskan je..



Oh ya, nak kongsi tips sikit macam mana nak kupas kulit telur rebus supaya senang ditanggalkan. Caranya, lepas rebus, terus buang air panas tersebut. Gantikan dan rendam dengan air paip separas telur. Bila dah sejuk senang dah nak kopek kulit telur tu.

Gambar Menu Berbuka Puasa Sambal Telur Dan Sayur Chap Choy

Semoga menu berbuka puasa yang anda masak dan sediakan disenangi oleh ahli keluarga. Kita kalau boleh penuhilah kehendak mereka mengikut apa adanya, sederhana tetapi tidak membazir. Masak apa yang dia orang dan semua orang suka. 

Sekadar coretan santai kami sekeluarga. Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments