Header Ads

Smoothies Mango Float


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Smoothies Mango Float
Smoothies Mango Float. Siapa rajin bolehlah buat sendiri kat rumah ya. Kalau kurang rajin, boleh beli je. Macam saya. Dalam segelas besar harganya RM6.00. Ada beberapa kerat mangga dan satu skop aiskrim. Warna dia cantik kuning, menarik perhatian. Oleh kerana kehausan, beli 2 bekas. Satu makan satu lagi bungkus.

Hmm.. bila dah masuk mulut masam lah pulak. Its okay. Sebab panas, kita pun telan. Tapi ada aiskrim yang balance kan rasa dia.. lagipun tak elok makan benda manis-manis, kan... 🤣🤣🤣

Gambar Smoothies Mango Float

Sungguh menggiurkan, kan?? Hmm.. tapi masam sikit la, yang bungkus satu tu my anak bujang tambah lagi susu bagi rasa manis sikit.. haha


Smoothies Mango Float 


Dalam keadaan panas berdenting ni, segarnya dapat minum mango float. You all nampak tak mangga dalam tu.. sikit je la, lepas tu ada ais krim di atasnya. Floating gitu..

Smoothies Mango Float

Not bad jugak rasanya, masam di bawah tapi manis di atas. Sebab ada aiskrim. Haha.. terpejam jugak mata nak telan tu..

Smoothies Mango Float

Jangan risau tentang rasa masamnya, ada ais krim floating atas dia, you all boleh kacau biar rata rasa manis dia. 

Okay la, coretan ini sekadar tulisan santai pada hujung minggu. Keluar sebentar dengan hero bujang saya yang sedang cuti bèlajar disebabkan PKP. Orang kata bonding time.. nanti kalau dia dah jauh semula, susah pulak nak keluar bersama lagi..

Selamat beristirehat di hujung minggu, bye!!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.