Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Ada 14 Tempat Wajib Pakai Pelitup Muka

Dimana Wajib Pakai Pelitup Muka. Ada 14 tempat wajib pakai pelitup muka. Anda tahu di manakah tempat yang dimaksudkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar wajib memakai face mask? Seperti diketahui mulai 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah wajib. Adakah di rumah atau dalam kereta pun wajib pakai pelitup muka? Macam tak logik kan? Hehe.. jangan panik. Ada ni kerajaan telah menjelaskan kawasan yang wajib memakai pelitup muka. Baca penjelasannya di bawah.


Secara amnya, pelitup muka mesti dipakai di tempat awam seperti berikut:

✅ tempat awam dan sesak
✅ ruang bertutup yang bercampur ramai orang

Baca penjelasan lanjut di bawah ya..

Ada 14 Tempat Wajib Pakai Pelitup Muka


Pelitup muka diwajibkan pakai dalam usaha banteras pandemik Covid-19 yang tak lenyap lagi dari muka bumi ini. Ada banyak negara yang telah melakukan lockdown kali kedua setelah usaha sebelumnya belum dapat mengekang wabak tersebut di negara mereka, contohnya Australia dan Jepun.

So, bila kerajaan melalui MKN menggesa kita memakai pelitup muka, maka patuh lah, pakailah demi keselamatan nyawa semua orang.

Ada 14 Tempat Wajib Pakai Pelitup Muka

Tempat yang wajib pakai pelitup muka adalah;


1. Masjid dan surau
2. Rumah ibadat bukan islam
3. Majlis sosial
4. Pengangkutan awam
5. Zoo
6. Bas/ van sekolah
7. Sukan dan rekreasi - wajib semasa di kawasan awam, apabila tidak melakukan aktiviti senaman/ sukan
8. Premis kesihatan
9. Pasar-pasar awam/ tani
10. Pawagam @ acara langsung (live event)
11. Peruncitan - kedai, dobi, restoran, kompleks beli belah, pasaraya, bengkel, stesyen minyak
12. Gunting rambut dan salun-salun kecantikan
13. SPA, pusat kecantikan dan refleksologi
14. Pusat hiburan keluarga

Untuk maklumat lanjut SOP PKPP boleh layari website www.mkn.gov.my. Pakailah pelitup muka sebagaimana diwajibkan oleh kerajaan dan patuhi SOP yang dikeluarkan. Usah buang masa ego tak kena tempat kerana yang rugi adalah diri anda sendiri.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments