Dah 3 hari si bongsu manja saya balik asrama. Tinggal kami bertiga je. Kalau En suami pergi memancing, tinggallah saya dengan hero sulung saya kat rumah. Jika rasa malas nak masak, kita round jalan-jalan cari makan. Lagipun kita orang tak cerewet sangat, apa saja menu masakan kami boleh makan asalkan halal.
Akhirnya Dapat Juga Makan Mee Rebus Tulang Terbaik
Alhamdulillah.
Dah rezeki namanya. Selepas pulang dari MasLee, singgah melayan perut yang lapar di satu restoran. Konsep restoran ni ada banyak gerai. Bila nak order, tanya kedai A, ada mee rebus tulang tak? Malangnya tak ada. Kita orang berjalan ke gerai B pula. Jualan berasaskan mee. Tanya punya tanya, ada pulak jual mee rebus tulang. Terus order.. hehe

Mee rebus tulang, sedap, dagingnya lembut dan kuahnya sesedap rasa di tekak kita. Kuah dia pekat, tapi taklah sampai tak boleh dihirup. Harganya RM8.00. Memang berbaloi. Akhirnya dapat makan mee rebus tulang yang diidamkan..



Sambail melayan anak bujang saya makan char kue tiaw special, dengan udang hesar-besar gitu.. saya menyegarkan tekak dengan ais laicikang. Ini pun special. Sebab apa? Sebab campur dengan laici. Segar sangat.. bahan-bahan laicikang pun elok je rasanya. Tak ada bau yang pelik la.. hehe



Makanan yang kami order ni, sesekali pemanas tekak bolehlah, kalau makan selalu tak bagus. Kolesterol tinggi. Nanti tambah berat siapa yang susah, kita dan ahli keluarga kita la.. 🤣🤣🤣

Selamat menjamu selera
ReplyDeletenampak sedap tu..menggoda hati abe kie untuk mencari mee sedemikian....
ReplyDelete