Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Doa Mohon Hindari Fitnah Dajjal

Doa Mohon Hindari Fitnah Dajjal. Dah lama jugak rasanya saya tak share doa-doa terbaik untuk diamalkan oleh kita semua. Doa adalah terapi terhadap semua kegusaran kita terhadap sesuatu. Doa adalah senjata orang mukmin. Sebab tu doa orang-orang tertentu tak ada hijab, Allah makbulkan tanpa syarat. Contohnya orang yang teraniaya, musafir, doa ibu bapa dan sebagainya.

Antara doa yang dituntut di baca oleh setiap muslim adalah doa mohon dilindungi dari fitnah dajjal. Kenapa disebut fitnah? Kerana hadirnya dajjal membawa keburukan, yang boleh menyebabkan kita semua bergaduh sesama sendiri, jadi huru hara. Contohnya, dapat sesuatu berita, terus meloncat. Jari cepat je menekan butang share atau like, tanpa siasat dulu kebenarannya. Orang kata marah dulu baru fikir. Haha.. kan tak bagus macam tu. Jadi fitnah pulak, dahlah fitnah tu berdosa besar. Wallahu'lam...

Doa Mohon Hindari Fitnah Dajjal


Jom amalkan doa dibawah iaitu doa agar terlindung dari fitnah dajjal, dibaca terutamanya dalam waktu sujud terakhir sebelum beri salam.

Doa Mohon Hindari Fitnah Dajjal

Doa mohon hindari fitnah dajjal dalam bahasa:


Allahumma inni a'uzubika min 'azaabi jahannam
Wa min 'azaabil qabri
Wamin fitnatil mahyaa walmamaati
Wamin syarri fitnatil masiihid dajjaal

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau dari azab jahannam, siksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah al-Masih Dajjal.

Semoga doa dibaca dimakbulkan oleh Allah SWT, dan kita semua terselamat dari dajjal simata satu itu. Bagaimana sebenarnya rupa dajjal kita pun tak tahu, dia hadir dalam bentuk macam mana pun, itu rahsia Allah. Memang ada diceritakan kisahnya tetapi ada pelbagai pendapat mengenai dajjal tersebut. Sebab itu, kita kena mohon dan berdoa agar terlindung dari fitnah dajjal.

Semoga Allah bantu kita dalam setiap saat dan keadaan. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments