Header Ads

Hidangan Masakan Kampung Oleh Orang Bujang


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Hidangan Masakan Kampung Oleh Orang Bujang
Hidangan Masakan Kampung Oleh Orang Bujang. Orang bujang dalam rumah, sedang cuti semester 3 bulan. Sementelah dunia sedang "diserang" virus covid-19, maka bertapalah dia dalam rumah kecil tak bertiang. Hehe.. Rumah taman mana ada tiang bawah rumah, semua tiang kat depan rumah, buat tahan bumbung. Hehe.. rumah kecil tak mengapa, yang penting ada tempat berteduh. Betul tak? Kecil pun dah malas nak mengemas, itu belum lagi banglo seluas padang bola. Sempat ke tidak nak jenguk dapur nanti?? Tak mengapa, besar atau kecil rumah kita, bersyukurlah. Tanda orang yang bijak adalah apabila dia sabar dan bersyukur atas segala nikmat dan ujian. Barulah ngam! ✌✌

Haish! Membebel pulak kita ni, tetapi anak-anak redha je bila ibu dia ni membebel. Tak boleh kata apa. Ibu adalah queen. Heheh.. mari kita layan menu orang kampung yang disediakan oleh orang bujang di rumah.


Hidangan Masakan Kampung Oleh Orang Bujang


Menu kampung lunch kita orang adalah sardin masak sambal, sayur kacang buncis tumis dengan lobak merah, sambal goreng jawa dan telur goreng dadar style orang bujang. Haha.. Saya tengok dia main campak je dalam kuali telur dadar tu, hasilnya tak ada bentuk. Fail betul rupa dia, tapi rasanya amatlah sedap.

Gambar menu orang kampung

Menu orang kampung lunch tadi, disediakan oleh orang bujang. Redha je bila ibu dia cakap nak makan apa.. tak banyak cakap. Bila balik tengahari, hidangan telah tersedia. Syukur dengan nikmat rezeki dapat anak yang boleh diharap. Semoga dia semakin baik dan cemerlang setiap hari dalam setiap urusannya.

Hidangan Menu Kampung Oleh Orang Bujang

Pinggan hidangan lunch saya, berselera saya makan. Bila nak masuk kerja balik, mata dah berat sebab perut kenyang. Haha..

Hidangan Menu Kampung Oleh Orang Bujang

Saya share menu je ya, resepi tak dak.. semoga kalian yang membaca coretan bahagia saya ini juga dikurniakan zuriat yang berjasa kepada kedua orang tuanya.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan..

1 comment:

  1. aminnn..
    wahh bagusnya anak bujang pandai masak..bertuah ibunya

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.