Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442 H


Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1442H. Negara terus sejahtera, makmur dan di bawah rahmat lindungan Illahi hendaknya menjelang tahun baru hijrah 1442. Semoga kita semua beroleh kejayaan, makin cemerlang dalam kehidupan dan semakin tinggi akhlak seiringan dengan ilmu dunia dan akhirat. Insyaa Allah..

RELATED .. Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

1 Muharam 1442 Hijrah jatuh pada 20 Ogos 2020. Manfaatkan hari cuti satu malaysia untuk kembali merenung diri. Muhasabah mana yang patut kena tinggal benda-benda yang tak berfaedah. Tinggalkan di belakang sebagai pengajaran dan sempadan. Pandang dan melangkahlah ke depan dengan iltizam yang jelas dan lebih baik dari sebelumnya.


Maal Hijrah 1 Muharam 1442H - Merentasi Norma Baharu


Salam Maal Hijrah

Bila sebut hijrah, tentu kita faham secara asasnya kita kena berpindah. Pindah ke mana? Dari mana? Dalam konteks fahaman seorang mukmin, kita tanamkan azam pindah dari perkara tak baik kepada baik dan lebih baik. Menjadi seorang muslim yang baik kepada terbaik dan cemerlang. Kalau boleh dalam segenap segi fizikal dan mental. 

Maal Hijrah 1442 Hijriah bersamaan 20 Ogos 2020 disambut dalam keadaan negara mengalami norma baharu. Di mana berkumpul ramai-ramai pun tidak digalakkan manakala banyak aktiviti hiburan telah disekat seketika dilaksanakan di khalayak ramai atau umum.

RELATED .. 20 Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Muharam

Allah SWT menguji kita semua mengikut kemampuan kita. Alhamdulillah.. saat diuji dengan covid-19, negara kita dapat melaluinya dengan amat berjaya dan terkawal. Kita semua tidak boleh menjadi kita yang dahulu. Secara tak langsung satu dunia telah berhijrah. Ke arah yang lebih baik.

Kepada umat islam semua di seluruh dunia, saya ucapkan selamat menyambut Awal Muharam 1442H bersamaan 20 Ogos 2020. Ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk, tekad berubah menjadi lebih bermanfaat kepada orang lain.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments