Header Ads

Senarai Blog Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Senarai Blog Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Senarai Blog Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Aduhai, ramainya peminat drama melayu 7 Hari Mencintaiku! Apa yang buat korang suka, gembira, sedih, benci dan sebagainya dengan drama dan watak-wataknya? Siapa watak yang korang paling suka? Dr Khuzairi? Helmi? Mia? Sofi? Mak Leha? Nurul? Hehe, pilihlah sendiri ya.. saya tak pilih atau memihak kepada sesiapa. Sekadar menonton dan ambil pengajaran daripadanya. Okay.. tak mau geram-geram ya!

Tulisan saya ini sekadar nak berkongsi dengan korang senarai blog drama yang selalu update tentang drama melayu 7 hari mencintaiku 2. Korang klik pada pautan yang saya senaraikan, dan tonton pada bila-bila masa anda suka. Ulang tayang la katakan.. drama ini mengandungi 33 episod. Janganla dok marah je, sesekali tu senyum lah ya, walau dalam hati geram bagai nak giler.. hehe

Senarai blog tonton drama 7 hari mencintaiku 2
Poster ciptaan sendiri.. tapi silap daaa..

Sinopsis ringkas drama adaptasi novel Siti Rosmizah 7 Hari Mencintaiku 2



Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

RELATED.. Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2

“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Inilah poster drama 7 Hari Mencintaiku 2:


Poster drama 7 hari mencintaiku 2


Senarai Blog Drama 7 Hari Mencintaiku 2


Di bawah ini ada 10 senarai blog yang aktif update drama 7 Hari Mencintaiku 2. Drama kegemaran dan kegeraman rakyat Malaysia. Tapi saya tak berapa follow, tapi tahu lah jugak tentang drama viral tersebut. Kisah rampas merampas, benci membenci, sayang menyayangi dan macam-macam lagi.

Ini blognya;


1. IQ.Com


Blog @ website iq.com paling up to date tentang drama kesayangan ramai ini. Bila taip 7 hari mencintaiku 2, web ini yang keluar dulu. So, i suggest kat korang untuk layan drama ini secara online di website dinyatakan.

Pilihan tonton drama online drama 7 hari mencintaiku boleh klik pada pautan di bawah juga..

2. Tonton.my - link error, boleh je terus ke website tersebut
10. Ninamirza


Kalau korang tak puas hati dengan watak-watak dalam drama, pergi la layan ulang tayang drama pada blog-blog yang disenaraikan.

Anggaplah cerita 7 hari mencintaiku 2 sekadar sebuah drama yang sarat dengan pengajaran. Yang membawa kebaikan, bukan sebaliknya. Usah mengikut nafsu kemarahan kerana orang yang kuat marah akan cepat tua dan boleh mendapat banyak penyakit. Hehe.. Sekadar peringatan buat kita semua.

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.