Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan!!
Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa. Ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa-apa lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba-hambaNya.

Doa Memohon Syurga Allah

Doa Memohon Syurga Allah. Berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan, pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak.


Doa Memohon Syurga Allah Yang Abadi


Doa seorang hamba amat dinantikan oleh Allah SWT. Lagi-lagi dari hambaNya yang sedang dalam kesusahan, kesedihan, teraniaya dan sebagainya. Golongan orang yang saya sebut ini amat mudah makbul doanya kerana biasanya mereka berdoa dengan rasa yang khusyuk, penuh pengharapan, dan paling mendayu permintaan mereka kepada TuhanNya.

Doa Memohon Syurga Allah

Dalam usaha berdoa itu, kita pasti selitkan memohon balasan syurga Allah pada akhir kehidupan kita nanti. Tak ada siapa yang sengaja mahu ke neraka. Kerana lumrah kehidupan seseorang hamba, ingin sekali ditempatkan dalam kalangan orang yang diredhai dan disayangi oleh Allah SWT.

Doa Memohon Syurga Allah


Allahumma inni as alukal jannah
Wa'auzubika minannaar

Maksudnya:
Ya Allah sesungguhnya aku memohon padaMu syurga dan aku berlindung denganMu dari neraka. - HR Abu Daud dan Ibnu Majah

Amalkanlah doa di atas setiap kali selepas solat. Selitkan dalam antara banyaknya doa-doa kita kepada Allah.

Sambil itu mohon juga agar kita memperoleh akhiran hidup yang khusnul khotimah. Insya Allah. Aamiin...
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Moga doa kita Allah SWT terima. Aamiin. Dan syurga menjadi destinasi terakhir paling indah.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.