Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Primada Smart Cooker Dari GoShop

Beli Primada Smart Cooker Dari GoShop Mudah Sekali. Hmm.. penangan GoShop la ni sampai saya dah 3 kali beli barang dari GoShop. Sebelum ni saya dah beli oven La Gourmet, kemudian beli Kissen Periuk dan Wok Caserole. Kali ni beli pulak Primada Smart Cooker dari GoShop. Semuanya barang dapur dan dah digunakan pun, tak membazir la rasanya bila beli kita guna. Bukan simpan buat perhiasan. Betul tak? 

Primada Smart Cooker ni untuk 5 liter je tetapi cukuplah untuk kami yang miliki keluarga kecil. Jika anda ada ramai ahli keluarga, kena beli periuk nasi yang lebih besar. Primada Smart Cooker memang comel, cantik warnanya dan boleh hand carry macam bawak beg. Sebab dia ada pemegang yang agak selesa untuk di bawa dengan tangan gitu..

Beli Primada Smart Cooker Dari GoShop Mudah Sekali


Kenapa saya beli Primada Smart Cooker? Pertama sebab periuk nasi National yang kat rumah tu dah 6 tahun guna, dah tak berapa bagus untuk jangka masa lama lagi. Keduanya, saya tengok Primada Smart Cooker memang periuk nasi yang smart sebab ada banyak fungsi bukan setakat memasak nasi. Boleh juga buat sup, kek, bubur dan banyak lagi. Siap ada timer lagi. Last sekali, warnanya yang agak gelap pada bahagian badan periuk mengurangkan penampakan kekotoran yang melekat berbanding periuk nasi yang berwarna cerah.

So, jomlah tengok Primada Smart Cooker yang saya baru terima tadi. Order malam sabtu, dan hari selasa dah dapat. 

Beli Primada Smart Cooker Di GoShop Mudah Sekali

Lihat pada gambar di atas, Primada Microcomputer Smart Cooker ada 9 fungsi menu memasak, dan anda hanya tekan je nak masak jenis masakan yang macam mana..




Oven sebelah tu pun saya beli di GoShop. Hehe.. La Gourmat edisi Chef Wan. Tengok Chef Wan masak macam senang je, terus beli. Itu pun dah rasmikan awal-awal lagi. Hehe.. warna periuk nasi tu cantik kan??🤣🤣


Barangan berupa set Cookware sebagai free gift, saya pun tak nak barangan tu sebab kat rumah dah banyak sangat cookware. Bagi pada kawan-kawan yang nak.. sebab saya cuma nak beli Smart Cooker tu je..

Oh ya, harga Primada Smart Cooker saya beli di GoShop berserta free gift tu adalah RM269.00. Jaminan satu tahun, kalau tak silap..


Gambar bahagian dalam Primada Smart Cooker, cantik kan dalam dia. Ada free pengukus, cawan penyukat dan juga senduk nasi.


Kalau sekarang anda pergi ke GoShop rasanya harganya dah lain. Ada mahal sikit kut. Boleh je google dan survey ya kekawan..

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close