Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Haqiem Rusli Bintang Paling Popular ABPBH 33 Dengan Undian Lebih 22 Juta

Haqiem Rusli Bintang Paling Popular ABPBH 33 Dengan Undian Lebih 22 Juta. Alhamdulillah. Muda lagi dah berjaya. Baru baca beberapa hari lepas dia hadiahkan parents dia kereta baru. Kali ni Allah ganti rezeki dia dan tambahkan lagi. Itulah rezeki yang tak putus bila bahagiakan kedua orang tua kita. Haqiem Rusli mengalahkan beberapa nama besar dan lama dalam industri seperti Siti Nordiana, Zahiril Adzim, Sherry Alhadad dan ramai lagi. 

Walau usianya baru 22 tahun pada 2020 ni, tetapi pencapaian penyanyi muda ini amat membanggakan ibubapanya dan seluruh peminatnya. Mana tidaknya, beliau terkenal sebagai seorang anak yang mementingkan ibubapanya, bercakap merendah diri dan tak suka bercakap buruk perihal karya orang lain. Sentiasa bersikap positif. Jarang sekali ada kontroversi. Dan sekarang telah menceburi bidang perniagaan.
Haqiem Rusli menang ABPBH 33

Antara lagu-lagu terbaik Haqiem Rusli adalah Tergantung Sepi, Lembah Kesepian, Selamat Tinggal Sayang, Jatuh Bangun dan banyak lagi.

Haqiem Rusli Bintang Paling Popular ABPBH 33 Dengan Undian Lebih 22 Juta


Dalam penganjuran ABPBH 33 malam tadi, Haqiem Rusli telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Edisi ke 33. Beliau juga menang kategori Penyanyi Lelaki Popular. Membawa pulang sebuah kereta Nissan Leave sumbangan Tan Chong Motors Sdn Bhd. 

Sedikit biodata Haqiem Rusli:

Memiliki nama penuh Ridzuan Haqiem bin Rusli telah dilahirkan pada 16 Jun 1998. Tahun ini (2020) berusia 22 tahun. Dilahirkan di negeri Selangor. Selain menyanyi, Haqiem Rusli juga menjadi komposer, penulis lirik dan pelakon dalam masa yang sama. Hmm.. Berbakat anak muda ini.

Media sosial: Instagram @haqiemrusli98_

Lain-lain info:

1. Anak kepada pasangan Rusli Abdul Manaf dan Nazrah Ahmad Nordin.

2. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

3. Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.

4. Di usia 10 tahun, beliau dinobatkan sebagai naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil siaran TV9 pada tahun 2008, sekaligus menjadi titik awal kemunculannya sebagai anak seni dalam dunia hiburan.

5. Menganggotai kumpulan The Beesings yang mula aktif pada tahun 2012. Empat lagi ahli asal lain ialah Azzam Sham, Fimie Don, Didi Astillah dan Aida Ross.

6. Pada tahun 2014, beliau bersaing dalam pertembungan semula bekas juara dan peserta pilihan Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam menerusi pertandingan nyanyian terbaru dinamakan sebagai 'Idola Kecil Ultra' siaran TV9. Namun Haqiem gagal menempatkan diri di peringkat akhir.

7. Pada penghujung tahun sama, beliau bertanding dalam rancangan realiti nyanyian, Pop Krew siaran TV9 menerusi kumpulan Novemboys (anak didik kepada sifu Tomok). Nasib menyebelahinya apabila kumpulan itu diangkat sebagai juara.

Tahniah kepada Haqiem Rusli atas kejayaannya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Edisi ke 33 ABPBH. Semoga terus sukses dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close