Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ringkasan Belanjawan 2021, Caruman KWSP Dan Bantuan Prihatin Rakyat

Belanjawan 2021, Caruman KWSP Dan Bantuan Prihatin Rakyat. Tadi telah dibentangkan belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz dengan tema "teguh kita menang bersama". Banyak juga yang saya baca dari pelbagai akhbar arus perdana tentang belanjawan 2021 tersebut. Namun, rata-rata pemimpin politik setuju dan menyokong belanjawan yang dibentangkan. Anda pula bagaimana? Apa yang ditunggu-tunggu ya? Pasal KWSP nak keluar Akaun 1 ke? Hehe.. Atau nak tahu manfaat lain yang anda boleh dapat dari belanjawan 2021? Mari kita baca apa yang saya kongsikan ringkasan belanjawan 2021.

Belanjawan 2021, Caruman KWSP Dan Bantuan Prihatin Rakyat


Belanjawan 2021 yang bertemakan “teguh kita, menang bersama” merupakan belanjawan pertama pentadbiran Perikatan Nasional, dan menyediakan beberapa manfaat langsung untuk rakyat.

Ringkasan Belanjawan 2021

Caruman KWSP


✅ Pencarum KWSP dibenar keluarkan caruman Akaun 1 RM500 sebulan untuk 12 bulan mulai Januari 2021.

✅ Caruman Pekerja KWSP dikurangkan dari 11% kepada 9%.

Bantuan Prihatin Rakyat


✅ Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 diberi antara RM1,200 hingga RM1,800 bergantung kepada bilangan anak.

✅ Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM4,000 terima antara RM800 hingga RM1,200 bergantung kepada bilangan anak.

✅ Isi rumah berpendapatan antara RM4,001 hingga RM50,000 terima antara RM500 hingga RM750 bergantung kepada bilangan anak.

✅ Orang bujang berusia 21 tahun ke bawah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima RM350.

Kakitangan awam


✅ Bantuan khas (bonus) kewangan RM600 untuk kakitangan Gred 56 dan ke bawah, mulai awal 2021.

✅ Pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen diberi RM300, mulai awal 2021.

Manfaat lain


◾1% pengurangan dalam cukai pendapatan bagi mereka yang bergaji RM50,000 hingga RM70,000 setahun.

◾RM150 juta disalurkan untuk melanjutkan elaun pencarian kerja Perkeso selama 3 bulan.

◾RM3.7 bilion untuk Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) bagi mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran.

◾Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan penyakit serius.

◾Pengecualian cukai sehingga RM1,000 untuk saringan kesihatan

◾Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa.

◾Pemberian one-off RM500 kepada anggota barisan depan KKM yang akan memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.

◾Kredit e-dompet sekali beri bernilai RM150 untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun.

◾Pas perjalanan bulanan tanpa had berharga RM5 untuk pelajar dan OKU.

◾Elaun sara hidup nelayan naik daripada RM250 kepada RM300 sebulan mulai Januari.

◾RM400 juta untuk menghapuskan faedah hutang kebun peneroka Felda.

◾RM50 juta untuk program latihan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan.

◾Geran khas Prihatin Tambahan RM1,000 pada peniaga, penjaja, pemandu teksi, e-panggilan, kereta sewa, dan pemandu pelancong di Sabah.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close