Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


6 Makanan Kesukaan Jin

6 Makanan Kesukaan Jin. Ingatkan kita je ada makanan kesukaan tetapi rupa-rupanya jin pun ada makanan kesukaan mereka juga. Kena sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti kesukaan kita iaitu makan-makan, usah membazir dan sebagainya kerana itu semua amalan kesukaan syaitan. Jangan biarkan hidup kita dihampiri oleh makhluk perosak iman dan akidah ini. Minta Allah jauhkan kita dari jin dan syaitan yang direjam. Paling mudah, mulakan urusan dan ibadah kita dengan kalimah, "'A'uzubillahi minassyaitoon nirrajiim.. ", hendaknya bertempiaran lari syaitan dari sisi kita. Bila kita ingat Allah setiap masa dalam setiap perbuatan kita, insya Allah, Allah sentiasa ada dalam setiap nafas yang kita hirup selagi kita bernyawa. 

6 makanan kesukaan jin di bawah nanti semoga dapat memberikan kita pengetahuan baru bahawa dalam kehidupan di dunia ini ada makhluk Allah yang lain antaranya jin dan syaitan. Maka berhati-hatilah apabila menguruskan urusan harian kita terutamanya dalam perihal makanan.

6 Makanan kesukaan jin

6 Makanan Kesukaan Jin


6 makanan kesukaan jin yang perlu anda tahu. Sentiasa elakkan dari melakukan perbuatan yang disukai oleh jin dan syaitan dalam kehidupan seharian kita. Jin dan syaitan ni makhluk halus, jadi kita,sentiasa kena lakukan perkara yang menghindarkan kita dari makhluk halus tersebut.

1. Kotoran


Jin atau setan sangat menyukai kawasan bilik mandi di rumah. Kerana ada makanan kesukaam jin iaiu kotoran. Rasulullah pun menggalakkan kita untuk membaca doa terlebih dahulu ketuka akan masuk bilik air.

2. Memakan darah


Jin sangat menyukai darah. Samada darah haiwan atau darah manusia. Begitu juga darah luka atau darah haid wanita. Sebab itu wanita tak digalakkan membuang sebarangan pembalut @ tuala wanita selepas digunakan. Sebaiknya bersih dan cuci dulu kesan darah dan buang di tempat yang sesuai.

3. Tulang


Jin juga sangat menyukai tulang. Jadi bila kita telah habis makan daging atau ikan, sebaiknya tulang di buang terus ke bekas sampah. Jangan simpan tulangnya di rumah kerana ia mengundang jin untuk ikut makan bersama.

4. Bangkai

Bau bangkai boleh membuatkan kita rasa loya dan tiada selera makan. Namun anehnya bangkai menjadi makanan kesukaan jin samada ia bangkai manusia atau haiwan. Terutamanýa bangkai haiwan yang tidak menyebut nama Allah ketika disembelih.

5. Makanan yang dimakan dengan tangan kiri

"Jika salah seorang daripada kalian makan, makanlah dengan tangan kanannya. Ketika minum, minumlah dengan tangan kanan. Kerana syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya. (HR Muslim)

6. Makanan yang dimakan tanpa meblnyebut nama Allah

"Jika kamu tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan pum berucap, pada teman-temannya, "kalian akhirnya dapat tempat bermalam dan makan malam." (HR Muslim)

Justeru itu, lakukan amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah ketika mahu mahu mula makan dan sesudah makan juga. Ada doa makan dan doa sesudah makan yang memang membantu kita terhindar dari gangguan jin dan syaitan dalam makanan kita. 

Semoga kita semua terlindung dari syaitan yang direjam. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.