Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Resepi Ikan Merah Masak Asam Pedas Kaw

Resepi Ikan Merah Masak Asam Pedas Kaw. Dah lunch semua? Masak apa hari ni? Ada yang special atau biasa-biasa je. Makan lauk biasa dan simple macam telur mata siram kicap dan bawang goreng pun sedap. Makan pun tunduk je, tak toleh depan belakang. Oh ya, kami sekeluarga makan lunch lauk asam pedas ikan merah. Bukan main En suami, beli 1 ekor ikan merah dan tambah lagi 2 kepala. Ouchh.. 3 kepal ikan merah dia suruh saya masak. Memang lepas geram nampaknya.. tak pa lah, orang suruh masak, kita buatlah paling sedap dan kaw, betul tak?

Ada banyak juga saya google resepi asam pedas ikan merah, dan yang masak dengan bunga kantan pun ada. Saya pulak jarang masak asam pedas letak bunga kantan. Jadi, since En suami dah beli bunga kantan.. maka kenalah masukkan. Kalau terlebih masuk, rasa dia lain pulak. So, masukkan bunga kantan seperlunya je. Okay.. 

Resepi Ikan Merah Asam Pedas Masak Dengan Bunga Kantan
Resepi Ikan Merah Asam Pedas Masak Dengan Bunga Kantan

Resepi Ikan Merah Masak Asam Pedas Kaw


Oleh kerana kena masak agak banyak juga, maka saya perhatikan En suami beli semua bahan-bahan masak asam pedas yang lengkap. Siap ada bunga kantan lagi.. hehe

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah - potong ikut suka
1 mangkuk cili kering - kisar
1 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit - kisar
1 inci halia - kisar
Air asam jawa - secukupnya
2 batang bunga kantan - belah dua
1 mangkuk daun kesum 
2 batang serai - ketuk
2 biji tomato - belah empat
4 batang bendi - potong dua
Garam dan gula secukupnya

Cara Buat Resepi Ikan Merah Masak Asam Pedas Kaw


Resepi Ikan Merah Asam Pedas Masak Dengan Bunga Kantan
Resepi Ikan Merah Asam Pedas Masak Dengan Bunga Kantan
Resepi Ikan Merah Asam Pedas Masak Dengan Bunga Kantan

1. Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia dan kunyit sehingga hancur. Kisar sehingga betul betul halus dan hancur.

2. Kemudian masukkan sekali cili kering yang di kisar terlebih awal. Kisar kan sekali lagi ke semua bahan dan pasti telah halus dan licin.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak telah panas tumiskan bahan-bahan yang di kisar tadi dan masak sehingga bahan2 tadi telah masak sempurna. Masukkan serai yang diketuk tadi. Biar sehingga naik bau.

4. Masukkan air asam jawa dan tambah air secukupnya anggaran banyak mana isi ikan. Kalau nampak pekat sangat, masukkan sedikit lagi air sehingga rasa kuah mengikut cita rasa kita. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.

5. Masukkan daun kesum ke dalam kuah dan biarkan seketika barulah di masukkan bunga kantan ke dalam kuah. Biarkan bahan-bahan tersebut masak sehingga lembut. 

6. Masukkan isi ikan merah ke dalam kuah. Masukkan garam dan gula sekali dan biarkan ianya mendidih dan ikan masak sempurna. Matikan api dan boleh di hidang. Masukkan tomato dan sayur bendi sebagai hiasan.

Resepi Ikan Merah Asam Pedas Masak Dengan Bunga Kantan

Selamat mencuba resepi ikan merah asam pedas masak dengan bunga kantan. Sedap tau bila letak kesemua bahah yang saya senaraikan di atas. Memang kaw hinggakan suami hirup kuah asam pedas dengan santainya.

Sedap sangat, alhamdulillah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments