Doa Supaya Tak Tinggal Solat
Ada banyak doa yang baik-baik yang boleh diamalkan dalam amalan harian kita. Doalah apa-apa yang anda terlintas nak minta dekat Allah. Allah tak pernah menolak doa-doa hambaNya. Walau kita kotor dan jijik di mata manusia.. tetapi Allah tak pernah membezakan kita membuta tuli. Apa yang bezakan darjat seseorang di sisi Allah? Amal soleh yang ikhlas itulah yang menentukan darjat kita di akhirat nanti.
Kini, saya sertakan satu doa yang amat baik diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Iaitu Doa Supaya Tak Tinggal Solat.

"Rabbij 'alni muqiimassolatii
Wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa"
Maksudnya;
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan Kami perkenankanlah doa permohonanku!
Ingatan ini juga untuk diri sendiri, pasangan, anak-anak, seluruh keluarga keturunan kita. Semoga kita semua terselamat dari dibakar api neraka. Mohon kita semua di tempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beramal soleh.
Aamiin YRA

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.