Info Tentang Aplikasi MySejahtera

Advertisement

Random Picks:
Info Tentang Aplikasi MySejahtera. MySejahtera adalah aplikasi yang diperkenalkan kerajaan semenjak virus Covid-19 melanda dunia. Nak download aplikasi ni pun mudah je, hanya download dari smartphone masing-masing dan masukkan sedikit data peribadi anda. 

Aplikasi MySejahtera telah dilancarkan YB Dato’ Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 20 April 2020 di Bilik Gerakan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu KKM mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Ketahui bagaimana MySejahtera dapat membantu pengguna yang positif COVID-19. 
Info Tentang Aplikasi MySejahtera

Info Tentang Aplikasi MySejahtera


Kini Aplikasi MySejahtera telah dtambahbaik, bermula 15 Januari 2021, MySejahtera telah mengemaskini aplikasinya yang membolehkan: 

1. Pengguna menerima notifikasi sebaik didaftarkan kes positif 

2. Pengguna positif yang masih menunggu panggilan, melaporkan sendiri kepada KKM 

Baca penjelasan lanjut ini: 

1. Pengguna yang baru didaftar sebagai kes positif

Sebaik CPRC Kebangsaan mendaftarkan pengguna sebagai kes positif, aplikasi MySejahtera akan menghantar notifikasi menerusi SMS dan Push Notification. Pengguna akan mendapat nasihat dan pelan susulan penilaian kendiri. MySejahtera juga akan memberi peringatan setiap hari kepada pengguna untuk melakukan penilaian pemantauan gejala COVID-19 (sila rujuk menu Perlu Dilakukan) selama 10 hari berturut-turut. Jika pengguna bergejala, maklumat itu akan terus disalurkan ke COVID-19 Assessment Centre (CAC). Pengguna kemudian akan dihubungi petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.

2. Pengguna positif yang masih menunggu panggilan KKM 

Bagi pengguna yang telah disahkan positif namun belum menerima panggilan daripada petugas kesihatan KKM, mereka boleh melaporkan sendiri kes kepada KKM. Caranya sangat mudah. pengguna ke halaman utama HelpDesk MySejahtera dan ikuti arahan pada ruangan G. Kemudahan baharu ini antara usaha KKM untuk memutuskan rantaian jangkitan dan seterusnya mengawal jangkitan daripada merebak.

 -admin- sumber KKM

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.