Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jadual Kira Pinjaman Perumahan LPPSA

Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam LPPSA. Kalkulator pinjaman perumahan sektor awam. Cara nak kira kelayakan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan seperti pada lampiran di bawah. Namun begitu, sila sediakan slip gaji terkini yang mengandungi senarai hutang anda yang ditolak dari gaji. Dalam jadual pengiraan di bawah, semua maklumat tersebut diperlukan. 

PERHATIAN

Bagi Skim Pencen, tempoh pembiayaan tidak melebihi 35 tahun atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu.

Bagi Skim KWSP, tempoh pembiayaan terhad kepada umur tamat perkhidmatan atau 35 tahun yang mana terdahulu.

Tempoh maksimum pembiayaan tertakluk kepada pembiayaan kali pertama atau pembiayaan kali kedua.

Pengiraan anggaran kelayakan ini tidak terpakai kepada kumpulan berikut:

☑ Anggota pentadbiran persekutuan - Kelayakan tertakluk kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980;
☑ Anggota pentadbiran Negeri dan ahli Dewan Undangan Negeri - kelayakan tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri dari masa ke semasa; dan
☑ Hakim Mahkamah Persekutuan / Rayuan / Tinggi - kelayakan tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971.

Pemohon bagi kategori di atas perlu menghubungi LPPSA bagi mendapatkan pengiraan anggaran kelayakan.


Jadual Cara Kira Pinjaman LPPSA


Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam LPPSA adalah seperti jadual di bawah. Sila klik pada gambar dan anda akan terus dibawa ke jadual kiraan pinjaman perumahan LPPSA.

Jadual Kira Pinjaman Perumahan LPPSA

Ada dua cara di bawah ini yang boleh digunakan untuk kira kelayakan pinjaman perumahan LPPSA.




🌸   http://www.lppsa.gov.my/v2/kalkulator-lppsa/ 


Semoga bermanfaat. Jadual di atas adalah anggaran sahaja. Anda boleh mendapatkan pengesahan kelayakan pinjaman daripada pihak majikan yang lebih mengetahui keupayaan bayar balik pinjaman perumahan anda nanti.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close