Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Ayam Bakar Di Musim PKP

Lunch Ayam Bakar Di Musim PKP. Sewaktu saya menulis kisah keluarga kami ni, PKP 2.0 sudah masuk hari ke 3 dan saya tinggal berdua dengan si bujang bongsu. Ayahnya bekerja.. kena kerja. Bagi pihak pengurusan syarikat saya pula, mereka memberikan cuti sehingga hari Ahad dan mulai hari Isnin mula bekerja pada kapasiti 30% kakitangan sahaja. So, akan keluar duty roster giliran bekerja. 

Saya tak ada masalah, kerja atau dicutikan kerana PKP 2.0 saya tetap bersedia. Kalau bercuti lagi, bermakna akan terjadi penangguhan kerja. Jika kena kerja.. SOP ketat kena follow. Itu semestinya. 

Sementara tengah cuti ni, saya teringin makan ayam bakar yang biasa lalu lalang kat wall FB saya. Ramai yang berniaga online ketika PKP kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Kalau you alls nampak orang promote bisness mereka.. bantulah seikhlasnya.

Kalau sedap rezeki kita, dapat makan sedap tak payah susah-susah sediakan bahan dan sebagainya. Betul tak? Kalau tak sedap, beritahu secara berhemah. Moga ada perubahan yang baik.. kan..

Lunch Ayam Bakar Di Musim PKP 


Ayam bakar PKP yang saya order tadi berharga RM15 untuk seekor. Saiz ayam sederhana, tetapi bila diangkat berat juga tu..

Lunch Ayam Bakar Di Musim PKP

Sambal yang telah dicurahkan di atas ayam bakar tersebut. Memang sedap rasanya, manis dan sedikit pedas. Ayamnya begitu lembut, nak leraikan senang je. Senang nak kunyah dan tak liat. 

Lunch Ayam Bakar Di Musim PKP

Hiasan salad dan kacang peas di atas ayam telah ditenggelami oleh kuah sos/ sambal ayam bakar tersebut. Tak sempat nak hias elok-elok. Bau harum sambal dengan ayam bakar sangatlah memanggil perut yang lapar.. hehe

Lunch Ayam Bakar Di Musim PKP

Isi ayam juicy, tetapi tak lah lembik berminyak. Ia sesedap rasa dan masaknya. Anak bujang bongsu saya ni makan dengan banyaknya. Haha.. sedap sangat katanya.

Saya hanya beli set ayam bakar je, nasi dan sayur masak sendiri la..

Dengan seekor ayam bakar saiz sederhana itu, kami boleh potong dengan beberapa bahagian dan cukup untuk lauk makan lunch dan makan malam. Nampak tak banyak tetapi cukup untuk hidangan sekeluarga.

Ada yang kata RM15 untuk seekor ayam bakar agak mahal harganya. Tetapi bagi saya bukan tentang mahal atau murah bila kita bersedia untuk membeli. Ia adalah tentang memudahkan urusan kita.. kiranya win win situation. Orang berniaga kita support.. betul tak? Berapa pula harga seekor ayam bakar di tempat anda? 

Selamat menjamu selera!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close