Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Marahkan Anak? Bagaimana Caranya?

Marahkan Anak Bukan Cara Mendidik. Bagaimana cara marahkan anak yang betul? Bila waktu yang sesuai untuk marah dan tugas kita sebagai ibu bapa dalam keadaan yang amat mencabar sekarang. Apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ibu bapa ketika memarahi anak-anak. Adakah membiarkan anak tanpa dimarahi itu satu cara mendidik yang bagus? Untuk itu, kita kena cari dan tambah ilmu mendidik anak-anak di rumah sebelum menyerahkan kepada guru pula bila sampai usia mereka untuk ke sekolah.

Marahkan anak? Boleh.. tetapi kena ada caranya. Cara kita marah dan perkataan yang digunakan sewaktu marah akan membekas dalam fikiran dan hati mereka. Walau bertahun berlalu, ais dan jadi cair sekalipun.. kesan dimarahi amat berbeza kepada anak-anak. Jadi, jangan ulangi memarahi anak-anak dengan perkataan kesat. Sebaliknya guna perkataan yang molek, mengangkat maruahnya walau tengah marah. Dengan cara ini mereka tak terasa apabila di marahi sebaliknya mendapat satu didikan yang mana akan digunakan pada adik-adiknya pula atau kepada anak-anaknya sendiri pada masa depan. Contohnya, gantikan namanya dengan gelaran anak soleh, sebut penuh namanya pun boleh.. amalkan cara ini ketika sedang marah. Memang berkesan..


Marahkan Anak? Bagaimana Caranya?



Perkongsian di bawah adalah antara ilmu yang boleh kita lihat, buat dan tengok hasilnya pada anak-anak kita. Marah untuk mendidik itu ada caranya. Manakala marah kerana nafsu, memang buruk jadinya. Umpama kita mempertaruhkan anak-anak pada masa depan yang perit.

Marahkan Anak? Bagaimana Caranya?
Gambar hiasan - ehsan Google

Cara marahkan anak-anak


1. Pada malam hari usah memarahi anak. Kejadian ini akan terakam dalam memori bawah sedarnya. Malam hari keadaan otak berada pada keadaan frekuensi alpha -tetha iaitu keadaan tak logik. Peristiwa-peristiwa akan terukir kekal di gudang jiwa. Jadi, dia mungkin boleh memaafkan kamu ibu bapanya tetapi tidak melupakan sama sekali. Ramai anak tidak berapa rapat dengan ibubapa kerana di malam hari selalu mengalami situasi yang menyedihkan. 

2. Sering memarahi kakak di hadapan adik boleh menjatuhkan maruah diri si kakak. Tidak haianlah jika seorang kakak selalu tak sebulu dengan adiknya. Egonya rasa dipijak-pijak. Wahai ibu bapa, anak-anak adalah hartamu.. jangan membesarkan mereka tanpa ilmu.

3. Wahai para ayah, cara terbaik menyayangi anakmu adalah dengan menyayangi ibunya. Bila ibunya cukup bahagia, anakmu akan automatik merasa bahagia juga. Kerana, wanita yang bahagia sangat sabar menjadi ibu yang baik. Manakala wanita yang banyak terluka oleh sang suami, susah nak mendidik anak dalan jiwa yang redha dan bahagia.

4. Anak-anak boleh jadi pemarah kerana mengikut contoh dalam keluarga yang juga pemarah. Pemarah bukan karekter tetapi kerana meniru perangai orang tua atau kerana luka dalaman yang tak terluahkan. Buang sifat pemarah dengan perbanyak istighfar. 

5. Buat kamu yang suka marahkan anak-anak, dahulu sewaktu mereka lahir.. kamu gembira tak terkata. Membuat kenduri kesyukuran dan sebagainya. Semoga sekarang, kamu masih segembira itu melihat anak-anakmu di depan mata.

6. Sesibuk mana pun anda semua di waktu malam, hantarlah anak-anak kecil masuk tidur. Hal terakhir sebelum tidur yang masuk ke dalam memori mereka adalah pengalaman bercakap-cakap bersamamu. Ini adalah kerana seharian mereka tidak berjumpa kita kerana bekerja. Hati-hati ya, sibukmu waktu kini adalah racun di hari tua. Akan tiba saatnya kamu menyesali waktu-waktu yang telah berlalu tanpa mengisi jiwa anakmu. 

7. Setelah anak dimarahi secara berlebihan, di dalam dirinya akan tertanya, "Ibu bapa ku masih memerlukan aku @ tidak?" Sebab itu, setelah memarahi anak-anak, sebelum tidur kita harus memohon maaf kepada mereka dan menyatakan perasaan sayang kita padanya. Sukar melakukannya kerana ego? Egomu lebih mahal dari jiwa yang akan terluka dan jadi sukar memohon maaf pada masa mereka dah dewasa? Ketika anak merasa tidak diperlukan, tidak hairan jika mereka dah tak mahu mendengar segala nasihat kamu lagi. 

Marahkan Anak? Bagaimana Caranya?
Gambar hiasan - kredit Google

8. Buat ibubapa yang memiliki anak lebih dari seorang, pulang dari mana-mana ke rumah harus memanggil kakak atau abangnya dahulu, kerana mereka akan merasa dipertanggungjawabkan. Mereka akan merasa benar akan kedudukan mereka dalam keluarga sebagai yang lebih besar. Dengan cara itu, tak timbul rasa cemburu kepada si adik.

9. Memarahi anak-anak di hadapan orang ramai boleh menyebabkan anak itu phobia tempat awam atau phobia sosial. Pengalaman dimalukan di hadapan orang ramai menyebabkan anak-anak merasa rendah diri dan tak selamat berada di khalayak ramai. Sebab itu, mereka suka menyendiri dan tak suka menonjolkan diri. Oleh itu, bina karisma diri anak-anak dengan memberikan galakan dan pujian di hadapan khalayak atau kawan-kawan. Insya Allah sikap percaya dirinya pasti meningkat setiap masa.

Bagi ibu bapa, memarahi anak-anak bukanlah satu cara melepaskan masalahmu. Belai dan hargai mereka kena pada masa dan usianya. Jika nanti teman rapat mereka bukan kamu lagi, maka mereka masih lagi menghormati kamu sebagai seorang ayah dan ibu. Paling tidak, rasa hormat dalam diri mereka akan kekal hingga akhir usia.

Semoga tulisan di atas memberikan manfaat kepada kita semua, ibu bapa yang sentiasa melihat anak-anak sebagai satu amanah yang mesti di bawa sampai ke syurga. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close