Resepi Kambing Masak Beriani Pasti Sedap

Advertisement

Resepi Kambing Masak Beriyani Pasti Sedap. Daging kambing memang sedap, masak kari, buat sup tulang, atau masak beriani. Semua sedap. Kali ini saya akan kongsikan resepi kambing masak kuah beriani yang pasti sedap dan akan makan bertambah berpinggan-pinggan. Hehe.. namun ada juga sesetengah orang yang tak boleh makan daging kambing, takut darah naik ke kepala. Kena ada cara memakannya. Anda boleh google ya.. terutamanya jangan makan daging kambing bersulam dengan ais batu. Sebab apa? Kambing kan berminyak dan berlemak. Jika disulam dengan ais sejuk, lemak yang dah masuk dalam badan akan lambat cair dan menyebabkan ia terkumpul dalam badan. Maka, proses nak mengurangkan berat badan jadi lambat. Itu antara sebab nya la.. dan pengaliran darah jadi tersekat-sekat, maka makan dalam kadar sederhana ya. Jangan melantak pulak.. hehe

Resepi Kambing Masak Beriani Pasti Sedap

Gambar ehsan dari rasa.my - nampak sedap kan?


Resepi Kambing Masak Beriani Pasti Sedap



BAHAN-BAHANNYA:

1 kg kambing bahagian peha, dipotong pada saiz sederhana
5 camca besar penuh rempah briyani
1 genggam kacang gajus, kisar halus
3 camca besar tomato puree
1 1/4 cawan susu cair*
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca besar penuh gula melaka
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar pati minuman sunquick
5 biji kentang
Air panas secukupnnya
Garam secukup rasa
2 pokok daun ketumbar, kerat kasar
1 genggam daun pudina
4 camca besar minyak sapi QBB


BAHAN-BAHAN PERAP:

1 biji bawang besar
15 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
4 batang serai, hiris
1 inci halia
1 inci lengkuas


BAHAN-BAHAN DIGORENG:

7-8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih*(*dihiris dan dijadikan bawang goreng)
1 genggam gajus


Cara Membuat Kambing Masak Beriyani Pasti Sedap


1  Kambing dicuci bersih dan rebus 30 minit, buang air rebusannya. Kisar halus semua bahan2 untuk perap dan gaulkan dengan kambing yang direbus tadi. Perap 1 jam, simpan dalam peti sejuk. Kentang dikupas, cuci dan kerat 2 setiap 1 biji. Kendian rebus hingga empuk, toskan dan goreng hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk, guna lebihan minyak goreng bawang tadi, tambah minyak sapi dan biar hingga minyak sapi cair. 

3. Sementara itu, bancuh rempah briyani dengan sedikit air dan kacau hingga menjadi pes. Masukkan ke dalam periuk, tumis dan masak hingga wangi, guna api kecil dan kacau sentiasa.

## Kambing masak beriani bukan boleh makan dengan nasi beriani je, boleh juga dimakan dengan nasi putih panas-panas. Pasti ngam!!

4. Masukkan daun pandan dan tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Tambah kambing yang telah diperap tadi, gaul rata. Masukkan kacang gajus kisar, susu cair + jus limau kasturi dan oren sunquick. Kacau rata dan tambah air panas secukupnya. Masak hingga mendidih dan sederhanakan api. Masak hingga kambing empuk. Tambah air panas jika perlu.

5. Bila kambing dah empuk, masukkan kentang goreng, gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Jika suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air panas. Masak sekejap lagi, masukkan daun ketumbar, daun pudina dan bahan-bahan yang kita goreng tadi. 

6. Biarkan sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangan ini akan jadi pekat nanti. Selamat mencuba!

Bagaimana dengan resepi yang dikongsikan? Resepi asal dari cik Mat Gebu. Kalau nak banyak lagi resepi boleh jalan-jalan di situ. Nama blognya tiffinbiru.com. 

Okay, selamat mencuba.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.