Surah Apa Yang Anda Hafal Hari Ini?

Surah Apa Yang Anda Hafal Hari Ini? Selamat menjalani ibadah puasa, dah masuk fasa kedua dah ramadhan kali ini. Alhamdulillah.. masih istiqamah melaksanakannya dengan cara sederhana. Bila bab makanan kenalah bersederhana tetapi ustaz pesan kalau lakukan ibadah, kena bersungguh-sungguh dan menggandakan amal ibadah di bulan ramadhan.

Berbalik kepada amal ibadat di bulan ramadhan, apa surah yang sempat anda hafal hari ini? Jika anda dah biasa dengan surah lazim, apa kata dalam bulan ramadhan yang mulia ini, kita hafal satu surah yang agak panjang sikit dan jarang dibaca di dalam solat.

Surah Apa Yang Anda Hafal Hari Ini?


Surah Apa Yang Anda Hafal Hari Ini?


Ada banyak surah yang pendek, sederhana panjangnya yang boleh kita mula hafal mulai hari ini.


Antara surah pendek yang boleh di hafal adalah:


1. Al Insyirah

2. Al Mulk

3. Ar Rahman

4. As Syams

5. Ad Dhuha

6. Surah Yassin

Dan banyak lagi.


Cara mudah nak hafal surah-surah dalam al Quran;


1. Membaca dengan perlahan dan faham maksudnya, dengan tanda baris dan tajwid yang betul. Pastikan anda di pandu oleh seorang guru yang akan menjaga hafazan anda

2. Mengulang baca surah yang sama lebih dari 3 kali, insya Allah.. mudah nak ingat dan hafal

3. Bila dah hafal sebahagian, ulang balik dan semak bacaan dengan seorang guru atau ustaz agar kesalahan bacaan dapat dibetulkan serta merta.

4. Mulakan menghafal surah yang agak pendek dahulu kemudian barulah diikuti surah yang panjang-panjang.

5. Kena ada target atau sasaran berapa banyak ayat al Quran atau surah yang hendak dii hafal.

Diharap perkongsian di atas dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Memang agak sukar pada permulaannya.. tetapi lama kelamaan ia menjadi lazim dan mudah. Tak mula memang tak tahu kemampuan diri, bila dah mula kita rasa seronok pula. Rasa macam ketenangan dalam diri, sejuk je hati.. 

Oh ya, salam Nuzul al Quran..

Catat Ulasan

0 Ulasan

close