Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Seruan Penuh Hikmah | Berdakwah Cara al-Qur'an

Seruan Penuh Hikmah | Berdakwah Cara al-Qur'an. Tugas Dakwah Dengan Seruan Penuh Hikmah. Nabi Muhammad Diutuskan Sebagai Rahmat. Sebab itu Nabi Muhammad menunjukkan cara berdakwah berdasarkan ajaran al Quran. Di dalam al Quran diajarkan kita supaya berdakwah penuh hikmah, tidak membuka aib, tidak mencerca dan yang paling penting menghormati agama kaum lain. 

Bila kita berjumpa permasalahan antara kaum, seperti di tempat kerja yang bercampur antara kaum dan agama, jangan jadikan ia sebagai satu halangan untuk berjaya. Prinsipnya mudah saja, sebagaimana Allah telah terangkan dalam al Quran, surah al-Kafirun.

"Bagimu agamamu, bagiku agamaku!" 

Jadi, bila kita saling faham dan pegang prinsip ini, kita hormati cara amalan hidup dia orang, dan mereka pun faham dan hormati apa yang halal dan haram bagi kita.. maka satu persefahaman dan keharmonian dapat dicapai.

Dalam masa sama, sebagai muslim kita tunjukkan pula sifat-sifat baik yang dianjurkan oleh agama dalam bersahabat, makan minum yang sepatutnya dan banyak lagi. Kalau anda sudah biasa bekerja dengan orang berlainan agama dan adat resam, keserasian itu akan terjalin mesra akhirnya. Insya Allah..

Seruan Penuh Hikmah | Berdakwah Cara al-Qur'an


Seruan Penuh Hikmah | Berdakwah Cara al-Qur'an


Firman Allah swt:


ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah an-Nahl 125]

Tugas dakwah dan tanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi munkar perlu digerakkan atas asas da’wah bil hikmah (seruan penuh hikmah), mau’izah hasanah (peringatan yang baik) dan perdebatan yang sihat, sesuai dengan pesanan Allah swt dalam ayat ini.

Kita semua sebagai seorang muslim bertanggungjawab dalam membina imej Islam yang lebih harmoni tanpa menggadaikan prinsip-prinsip asas, membawa pendekatan Islam yang lebih toleran tanpa mengorbankan ketegasan dalam perkara-perkara pokok yang tidak boleh diambil mudah. 

Rukun dan asas agama (tsawabit) wajib ditegaskan, manakala al-mutaghayyirat  (perkara ranting yang boleh berubah) perlu ditanggapi dengan penuh keanjalan dan keluasan.

Al-Quran menyebut bahawa antara faktor dakwah Nabi saw diterima adalah kerana Baginda mengaplikasikan sikap rahmah, toleran, lemah lembut dan penuh hikmah. 


فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖفَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ


“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu" [Surah Ali ‘Imran 159]

Sayidina Abu Hurairah r.a menceritakan pada suatu hari Nabi saw diminta untuk melaknat dan mencela orang Musyrikin, Nabi saw yang mulia telah bersabda:


إِنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً


"Sesungguhnya aku tidak diutuskan untuk menjadi pencela dan pelaknat, sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat. (HR Muslim)

Sejarah telah mendidik dan mengajar kita bahawa agama Islam yang suci ini diterima oleh ramai manusia dibumi ini berkat daripada dakwah yang berterusan, akhlak baik yang ditunjukkan, nasihat pengajaran yang berkesan, berbahas dengan mereka dengan cara yang lebih baik dan berdebat dengan jiwa yang berlapang dada. 

Jom fahamkan manusia tentang kemuliaan dan kebenaran Islam dengan cara yang betul!!

Sumber: Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim | bit.ly/tadabburkalamullah

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close