Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Dinner Nasi Ayam Geprek Dan Nasi Goreng Chicken Chop

Dinner Nasi Ayam Geprek Dan Nasi Goreng Chicken Chop. Dinner apa korang malam ini? Kami makan nasi ayam geprek dan nasi goreng chicken chop je.. jadilah, dah rezeki malam ini. Kita makan mana yang sempat di order, yang mudah dan senang orang nak hantar. 

Nasi ayam geprek pun menu asal dari negara seberang, dan kebelakangan ini makin popular di Malaysia. Dengan pelbagai menu dan citarasa makanan, kita pun dapat menambah pilihan makanan yang hendak di makan. Kalau makan menu sama setiap hari, pasti bosan kan?

Dinner Nasi Ayam Geprek Dan Nasi Goreng Chicken Chop

Dinner Nasi Ayam Geprek Dan Nasi Goreng Chicken Chop


Dinner Nasi Ayam Geprek Dan Nasi Goreng Chicken Chop


Nasi ayam geprek tu ala-ala nasi ayam penyet, cuma cara ayam disediakan dan jenis sambal dia memang berbeza. Kalau nasi ayam penyet, sambal nya bercirikan tomato dan agak cair, manakala nasi ayam geprek, ayamnya di ketuk, bahagian isi biasanya dan sambal dia ala sambal belacan warna merah. Haa.. gitulah apa yang saya perati kat kebanyakan kedai..

Dinner Nasi Ayam Geprek Dan Nasi Goreng Chicken Chop

Dinner Nasi Ayam Geprek Dan Nasi Goreng Chicken Chop

Sambal ayam geprek memang pedas, kepedasan tahap api bernyala!! Haha.. tengok warna dah tahu. Dah berkali-kali saya order nasi geprek, semua sambal nya pedas giler. Kadang tu saya adjust ikut tekak sendiri. Make over gitu!! Tapi kalau sesiapa yang tahan pedas, bolehlah layan.

Inilah secebis kisah dinner kami dengan nasi ayam geprek dan nasi goreng chicken yang awesome, chicken chop dia memang selambak. Tak kedekut. Hehe..

Selamat beristirehat kawan-kawan..
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments