Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Doa Agar Dicukupkan Yang Halal

Doa Agar Dicukupkan Yang Halal. Mencara yang halal adalah wajib bagi setiap umat islam. Jangan kejar yang haram kerana walau pun nampak mewah dan bahagia tetapi ia tetap tak cukup sebab kita akan sentiasa kekurangan. Kekurangan apa? Tiada ketenangan. Sentiasa gelisah. Kemana-mana rasa macam orang salah, tetapi memang salah pun! Sebab kamu mengejar yang haram.

Benda haram walau dalam apa bentuk pun pasti akan mendapat balasan setimpal samada masih  di dunia lagi atau yang pasti di akhirat nanti. Berseronoklah dengan yang haram seperti wang, makanan, maksiat dan sebagainya tanpa segan atau rasa bersalah hingga Allah tunjukkan murkaNya, baru kalian tersandar! Masa itu, penyesalan hanya sia-sia kecuali kalian bertaubat nasuha.

Carilah yang halal, kerana ia menenangkan!


Doa Agar Dicukupkan Yang Halal


Bersama-sama lah kita amalkan doa di bawah ini, agar kita direzekikan dengan cukup, dengan rezeki yang halal.

Doa Agar Dicukupkan Yang Halal

Doa dicukupkan yang halal dalam rumi:

Allhumma akfinii bihilaa lika
'anharaamika wa'aghninii bifadhlika
'amman siwaak

Maksudnya:

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaanMu, tanpa aku mengharapkan kepada selainMu.

Semoga doa memohon dicukupkan yang halal di atas dapat kita amalkan dalam menjalani hidup di atas muka bumi ini.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments