Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan!!
Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa. Ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa-apa lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba-hambaNya.

Bahulu Pandan Gebu Versi Wangi Harum Oleh Cikgu Azlina Ina

Bahulu Pandan Gebu Versi Wangi Harum Oleh Cikgu Azlina Ina. Cikgu Azlina Ina yang viral kat FB tu memang tak kedekut ilmu. Baik cara nak buat kuih untuk niaga atau makan sendiri, sebiji sebiji resepi dia bagi. Cuma yang bezakan kita nanti adalah magis air tangan masing-masing. Betul tak? Hehe.. tapi insya Allah rupa dan rasa tak lari jauh. Yang penting sedap!!

Cikgu Azlina Ina adalah salah seorang cikgu masakan yang saya follow FBnya. Setiap hari ada je menu atau resepi yang dikongsikan. Sebab tu rezeki dia murah dan melimpah ruah, sebab dia ikhlas memberi atau berkongsi. 

Bahulu Pandan Gebu Versi Wangi Harum Oleh Cikgu Azlina Ina

Bahulu Pandan Gebu Versi Wangi Harum Oleh Cikgu Azlina Ina

Gambar baulu pandan gebu versi wangi harum dari ehsan FB Azlina Ina Fans. Yang wangi harum tu bau bila kita bakar tu, harum satu rumah. Bukanlah baulu tu wangi teruk.. hehe

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba


Bahulu Pandan Gebu Gebas


Gambar-gambar yang disertakan adalah ehsan dari FB Azlina Ina Fans. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Dapat buat kuih bahulu pandan yang sedap.

Bahan-bahan Dan Cara Penyediaan:


1) 4 cawan @ 440g tepung gandum cap ros
- sangai dalam 15-20 minit api perlahan,
ayak kan 2 kali

2) Masuk dalam 1 bowl mixer bahan-bahan di bawah;

Telur 10 biji gred A atau B
1 sudu besar ovalate
2 sudu besar emolco pandan coconut
1 sudu besar pewarna hijau epal
350-380 gram gula halus (dalam 1 cawan 1/2-2 cawan)
mix @ pukul semua sampai gebu

Bahulu Pandan Gebu Versi Wangi Harum Oleh Cikgu Azlina Ina


3) Kemudian, masuk sikit-sikit tepung sambil gaul pakai senduk je atau pakai mixer dengan volume perlahan

4) Bila dah sebati, masuk dalam paper cup atau acuan bahulu, bakar pada suhu 170 masa 20-25 minit


Siap dah bahulu pandan gebu kita, senang je. Kalau nak hasil dia sama macam dalam gambar tu, kena ikut step by step dan bahan-bahan sebiji macam Cikgu Azlina Ina ajar tu ya🤭🤭
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments