Resepi Biskut Gunting Dengan Tepung Bestari Pedas Dan Rangup

Resepi Biskut Gunting Dengan Tepung Bestari. Siapa suka makan kuih gunting, kita geng. Sejak dari zaman duduk asrama, sentiasa cari peluang nak makan kuih gunting, samada yang biasa atau sira cili. Dua-dua saya suka.

Namun sekarang ni, saya nak share resepi baru, dimana kuih gunting ni tak disira tapi dah pedas iaitu dengan guna tepung serbaguna bestari. Guna tepung yang pedas, bukan yang original punya. Okay 😍😍

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Resepi Biskut Gunting Dengan Tepung Bestari, Pedas & Rangup



Biasa buat kuih gunting guna lada kering dengan udang kering kisar, kali ini kita buat RESEPI BISKUT GUNTING TEPUNG BESTARI, lain sikit. Guna tepung serbaguna pedas jenama Bestari. Jomlah kita cuba ya!

Resepi Biskut Gunting Dengan Tepung Bestari

Gambar atas : Kuih gunting tepung bestari

Resepi Biskut Gunting Dengan Tepung Bestari

Gambar atas : kuih gunting sira pedas, potongan gaya bebas 😋😄

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ayam jenama bestari perisa spicy (biar rasa pedas2 sikit)
1 biji telur
4 sudu mentega
3 sudu besar serbuk kari (jenama apa2 pn blh)
daun sup@daun kari
jintan manis sedikit
sedikit garam
*kalau tak jadi doh, letak la air sedikit ye😅😅 sehingga menjadi doh yg tak lekat ditangan..

Cara membuatnya:


1. Masukkan semua bahan diatas, lepas tu masukkan garam secukup rasa, dengan daun sup yang telah dihiris halus. gaul sampai menjadi doh & tak lekat ditangan. 

2. Lepas tu gulung memanjang & gunting menyerong mcm dlm gambar di atas tu.

3. Akhir sekali, boleh la digoreng dgn api sederhana besar, sampai kekuningan.

Siap... 

Nota;

Dengan buat bancuhan seperti di atas tu, boleh  dapat balang tinggi tu. kalau nk buat banyak boleh gandakan adunan bahan ye.. 😘😘😘

Selamat mencuba.

Sumber Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan

close