Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan!!
Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa. Ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa-apa lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba-hambaNya.

Nasi Goreng Chicken Chop In The House!

Nasi Goreng Chicken Chop In The House! Macam mana tu? Nasi goreng chicken chop? Hehe.. nasi goreng di letak chicken chop di atasnya dengan sos lada hitam tu. Biasa kan nasi goreng ayam, kita ganti dengan chicken chop. Lagi mudah dimakan sebab chicken chop kan tak de tulang. Puncanya anak bujang kami lapar, saya pulak lepas kena vaksin booster, lengan rasa lenguh sikit. Maka, kita order kat Grab Food makanan paling dekat dengan rumah. Jadi, cepat sikit sampainya. Itulah dia nasi goreng chicken chop in the house.

Mungkin korang rasa agak bosan bila saya kerap membelanja makanan untuk si bujang bongsu kat rumah ni. Ingat ya, membahagiakan orang adalah satu ibadah, manfaat yang besar. Apatah lagi ia anak kandung kita. Jadi, kalau mampu usahlah berkira dengan ahli keluarga sendiri. Insya Allah, DIA akan gandakan rezeki kita dari pelbagai sudut.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Nasi Goreng Chicken Chop In The House!


Kami dah biasa dah makan macam tu, nasi lemak chicken chop pun ada. So, orang akan panggil nasi lemak western. Hehe.. nasi lemak atau nasi goreng lamb chop pun ada tau, sedap semuanya.

Nasi Goreng Chicken Chop In The House!

Cuma nasi goreng chicken chop tak da lah depa bubuh kentang goreng tu. Dengan jumlah chicken chop dan nasi goreng yang banyak tu, mereka jual pada harga RM12.00. Tu kalau harga dalam aplikasi Grab. Kalau dine-in murah sikit.

Nasi Goreng Chicken Chop In The House!

Nasi Goreng Chicken Chop In The House!

Kalau nak buat sendiri, boleh jugak. Tapi lambat la, nak kena sedia bahan bagai, nak kena bertunggu depan dapur.. bagus kalau ada anak ramai. Masak banyak tak membazir. Kalau anak sorang je kat rumah, beli lagi jimat. Itu pendapat saya la...
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments