Apa Perlu Buat Jika Harga Emas Terus Meningkat Drastik!

Harga Emas Terus Meningkat Drastik! Harga emas melonjak pada paras tertingginya dalam tempoh 8 bulan, dan pada hari ini (9/3/2022) harga emas 916 @ 22 karat segram adalah pada RM276.65. 

Berikut adalah info harga emas per gram hari ini:

24K 999 🎈 RM301.80
23K 950 🎈 RM286.71
22K 916 🎈 RM276.75
21K 875 🎈 RM264.08
20K 835 🎈 RM251.50
18K 750 🎈 RM226.35

Sumber : hargaemas.my


Harga Emas Terus Meningkat Drastik!


Harga Emas Terus Meningkat Drastik! Apa Perlu Buat??


Wow! Harga emas naik?? Siapa yang suka ni? Siapa yang untung dan senyum lebar? Hehe.. tentulah pengusaha kedai emas sedang berbahagia sebab harga emas naik dan berada pada paras tertingginya dalam minggu ini.

Kerana apa ya?

Sebab kesan daripada perkembangan politik dunia terutamanya perang antara Rusia & Ukraine. Selagi perang tak tamat, harga emas akan statik naik lagi dalam bebetapa ketika ke depan ini. 

Harga minyak juga akan terus melonjak naik kerana perang di Rusia yang merupakan pengeluar minyak ke tiga terbesar dunia, akan memburukkan lagi keadaan.

Okay, jika anda seorang peminat emas ataupun menyimpan dalam bentuk emas dan bukan wang tunai. Apakah yang perlu anda buat buat masa ini?

Pasaran ekuiti menjunam semalam (8/3/2022), manakala harga minyak melambung ke paras tertinggi dalam masa 14 tahun dan simpanan selamat emas pula melepasi harga AS$2,000 (RM8,359) satu auns atau RM267.50 untuk satu gram selepas pelabur semakin bimbang mengenai impak perang Ukraine terhadap ekonomi dunia.- sumber kosmo

Jika dalam keadaan harga emas terus meningkat, kita boleh lakukan perkara ini:

1) Sekiranya ada wang lebih, teruskan membeli emas tetapi dalam jumlah yang kurang @ kecil. Yang penting tetap beli emas secara konsisten

2) Jika anda kekurangan wang, boleh trade in @ gadai emas anda untuk dapat nilai buyback tertinggi.

Mengikut pakar emas, tak kira harga emas naik atau turun, kita kena konsisten beli sekiranya ada wang mencukupi.

Namun, jika harga emas turun tetapi tak ada duit, kita pun tak dapat beli. Jadi, beli emas jika ada duit lebih. Buat secara konsisten.

Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close