Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Keputusan Terkini PRN Johor

Semak Keputusan PRN Johor. Keputusan terkini PRU Dewan Negeri Johor boleh di layari di portal rasmi SPR Malaysia. Keputusan-keputusan akan diumumkan setelah semua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing di kawasan seperti yang dinyatakan dalam daftar pemilih.

Adakah semua pengundi akan keluar mengundi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang belum berakhir? Adakah penularan wabak ini semakin meningkat akibat PRN Johor ini?

Kita pun tak tahu nak jawab. Yang penting jaga diri masing-masing, amalkan SOP yang disediakan oleh SPR, memakai pelitup muka sepanjang masa dan lain-lainnya.

INFO PRU - 

Semak Keputusan PRN Johor



Keputusan Terkini PRN Johor
Sumber: Berita Harian


Keputusan terkini PRN Johor boleh di semak melalui portal di bawah;


            ✅         KEPUTUSAN PRN JOHOR


PRU Dewan Negeri Johor kali ke 15 yang dijalankan pada 12 Mac 2022, menyaksikan BN dan PN masing-masing meletakkan calon di 56 kawasan kerusi yang dipertandingkan.

Nak lihat senarai calon yang bertanding? Boleh klik pada pautan di bawah;


           ✅         CALON BERTANDING PRU Dewan Negeri Johor


Jika dilihat dari statistik, kaum wanita yang akan keluar mengundi lebih ramai dari kaum lelaki.

Seramai 2,597,742 orang adalah merupakan pengundi biasa. Dan daripada jumlah itu, pengundi terbanyak adalah dari golongan muda yang berumur antara 21 tahun hingga 39 tahun.

Adakah perubahan besar bakal berlaku di dalam keputusan yang akan diumumkan nanti? Adakah ahli politik muda akan jadi pelapis kepada golongan yang ditolak, iaitu wakil rakyat yang sudah agak berumur?

Segalanya masih samar hinggalah keputusan terkini PRN Johor diumumkan malam esok, 12/3/2022.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments