Makan Malam Menu Siakap 3 Rasa & Kerabu Mangga

Makan Malam Menu Siakap 3 Rasa & Kerabu Mangga. Makan malam dalam kelam cahaya neon yang sedikit malap, maka gambar yang dapat di tangkap semuanya nampak syahdu dan sendu je. Lagi pulak phone I bukanlah i-phong, tapi telefon pintar yang boleh tangkap gambar je, asal boleh.. Hehe..

Apa yang kita orang makan? Macam biasa, kalau kat restoran thai-melayu, kita order yang senang-senang je contohnya siakap 3 rasa, kerabu mangga, sup ekor, sotong goreng tepung dan kawanan yang sewaktu dengannya.

Makan Malam Menu Siakap 3 Rasa & Kerabu Mangga


Jom kita layan gambar-gambar sebelum makan tadi, tapi sempat baca doa makan dulu.

Siakap 3 Rasa


Makan Malam Menu Siakap 3 Rasa & Kerabu Mangga

Saya tak makan siakap 3 rasa tu sebab tekak tak berapa sihat. So, order untuk saya adalah sup ekor. Kerana sup ekor datangnya dah lewat sangat, gambar pun tak tangkap. Konon merajuk, nasib baik sedap supnya!

Kerabu Mangga


Makan Malam Menu Siakap 3 Rasa & Kerabu Mangga

Kerabu mangganya kurang kaw! Rasa masam campuran sos dia kurang sebati, sepatutnya ada rasa sedikit manis. Jadi, tak habis kita orang makan tadi.

Sotong Goreng Tepung


Makan Malam Menu Siakap 3 Rasa & Kerabu Mangga

Sotong goreng tepung yang krup krap tepung dia, dengan isi sotong yang lembut dan mudah dikunyah.

Makan Malam Menu Siakap 3 Rasa & Kerabu Mangga

Makan Malam Menu Siakap 3 Rasa & Kerabu Mangga

Hmm.. ada juga telur dadar di situ. Pun bukan untuk saya, sebab saya cuma nak makan sup ekor je. Sebab tekak ni perit sangat, macam nak selsema.

So, kita makan berpada-pada dan sesuai dengan selera bila keadaan kesihatan kurang mengizinkan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close