Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Sambal Tumis Sotong Dengan Belimbing Buluh

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Sambal Tumis Sotong Dengan Belimbing Buluh
Ssmbal Tumis sotong Dengan
Belimbing Buluh, Sungguh Sedap!!


Resepi Sambal Tumis Sotong Dengan Belimbing Buluh Yang Sungguh Sedap. Ni memang resepi pembuka selera terutama time bersahur dalam bulan ramadhan. Almaklum, bangun pepagi buta nak kena makan nasi, jadi sambal sotong dengan belimbing buluh ni adalah penawarnya! Saya first time makan menu ni, bila nampak ada orang jual kat restoran, terus tanya resepinya.

So, kalau kat rumah korang ada banyak tanam pokok belimbing buluh, boleh lah buat resepi menu kampung ini. Dijamin tambah nasi! Hehe...


Resepi Sambal Tumis Sotong Dengan Belimbing Buluh



Asas nak buat sambal hampir sama je kat mana-mana, cuma yang bezanya ada kuasa air tangan. Memang lain-lain kejadiannya bila orang berlainan yang masak. 

Resepi Sambal Sotong Dengan Belimbing Buluh

Resepi Sambal Sotong Dengan Belimbing Buluh

Bahan-bahan:

1/2 kg sotong, potong bulat
10 biji buah belimbing buluh
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan
1/3 cawan air
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis

Cara penyediaan;


1. Buah belimbing dicuci bersih.

2. Bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk@ kisar

3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk @ kisar tadi hingga naik bau.

4. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.

5. Masukkan sotong dan kacau rata hingga sebati.

6. Lepas itu masukkan air, garam dan belimbing buluh.


Resepi Sambal Sotong Dengan Belimbing Buluh
 
6. Bila sambal dah mula mendidih, masukkan bawang besar dan masak lagi hingga pecah minyak. Jika sambal menjadi kering semasa menunggu proses pecah minyak, masukkan sedikit lagi air. Masaklah hingga sambal pecah minyak dan pekat sedikit.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.