Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semakan Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2022

Semakan Keputusan Permohonan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 & 4 Tahun 2022 boleh disemak mulai 9 Mac 2022 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui atas talian. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), sila semak melalui pautan yang diberi dan klik pengesahan penerimaan.

Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan, anda boleh memohon di pautan yang sama.
 
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Calon berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan.

Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem mymrsm dalam portal MARA.

Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

Semak Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan 4 Tahun 2022

Semakan Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2022


Semakan boleh dibuat secara online di:

atau 


Tingkatan 1 ;

https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1/


Tingkatan 4;


https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4/


Harap maklum!! Link di atas tidak lagi aktif setelah tempoh semakan tamat. 


Secara SMS


Semakan boleh dibuat melalui perkhidmatan mySMS : 

mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

Untuk yang sudah dapat SMS terima masuk ke MRSM, bolehlah terus masuk ke website mara.gov.my dan ikuti arahan yang diberikan untuk cetak borang-borang berikut:

  • Surat Tawaran
  • Buku Panduan Pelajar Baru
  • Borang Pendaftaran

(Maaf, direct link ke website untuk setiap item di atas tidak dapat dimasukkan atas sebab-sebab teknikal. Harap maklum.)

Cara Buat Rayuan Ke MRSM


Permohonan rayuan ke MRSM dibuka pada 7 April sehingga 30 Mei depan secara atas talian dan pemohon tidak perlu menghantar permohonan fizikal kerana proses dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian.

Ketika mengisi borang rayuan, sila jawab dengan berhati-hati. Antaranya beri sebab yang kukuh mengapa anak anda layak melanjutkan pelajaran ke MRSM. Jangan memilih MRSM, bila dapat keputusan rayuan, terima tawaran tersebut walau lokasi tersebut agak jauh dari tempat tinggal anak-anak. 

Kemudian nanti, bila sudah diterima masuk, minta pula pertukaran MRSM. Insya Allah, boleh dilakukan tanpa masalah.

Semoga kejayaan milik anda semua!!

#sumber

#mara​ #mrsm2022​ #kplb​ #luarbandarsejahtera​ #pendidikanmara

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close