Lifestyle Resepi Info Terbaik

Masak Asam Pedas Ikan Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi

Masak Asam Pedas Ikan Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi. Dah hari-hari akhir ramadan, kita kena masak sendiri lauk berbuka ya anak-anak. Semua restoran dan bazar ramadan di tempat saya dah tutup. Dah selamat hari raya dah! Hasilnya kenalah masak sendiri menu utama kita iaitu asam pedas ikan siakap.

Masak Asam Pedas Ikan Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi

Kita orang memang suka masak asam pedas cair, kuah boleh hirup punya. Barulah ngam makan dengan nasi panas-panas. Lepas tu kita gorengkan dengan menu tambahan iaitu telur dadar. Cukup dah.

Masak Asam Pedas Ikan Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Masak Asam Pedas Ikan Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi


Yang specialnya, kita masak asam pedas guna perencah asam pedas Adabi je. Senang dan cepat. Dah biasa dah masak asam pedas guna pes tersedia dari pelbagai jenama, alhamdulillah.. sedap juga rasanya. Hehe..

Masak Asam Pedas Ikan Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi

Inilah rupa perencah Asam Pedas Adabi tu, bungkusan dia comel je. Kalau korang nak masak lebih, kenalah lebih perencahnya ya. Saya masuk 3 bungkus sekali gus sebab nak masak dengan 1 ekor ikan siakap saiz besar, harga seekor je RM24. Lebih 1kg beratnya.. so, perencah tu kena sesuaikan la..

Masak Asam Pedas Ikan Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi

Lepas tu korang hiaslah dengan daun kesum dan kacang bendi. Mesti sedap makan tak toleh kiri kanan. (Hmm.. kuali tu adalah kuali legend, kegemaran saya. Saiznya yang besar mudahkan kita nak memasak dengan jumlah yang agak banyak). 

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi


Bahan-bahan:

3 pek kecil perencah asam pedas Adabi
1 ekor ikan siakap bersaiz besar - potong 6 bahagian
2 batang serai - diketuk
7 batang bendi
Daun kesum secukupnya
Garam dan gula
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan asam pedas ikan siakap dengan pes asam pedas Adabi


1. Panaskan minyak. Tumis pes asam pedas Adabi dengan serai. Biar hingga naik bau harum

2. Masukkan air secukupnya, anggaran ikan tenggelam bila di masukkan nanti

3. Masukkan bendi dan daum kesum. Biar mendidih

4. Masukkan ikan siakap perlahan- lahan dan kacau seketika. Biarkan dalam 2 minit @ hingga ikan masak

5. Perisakan dengan garam dan gula.

Siap sudah asam pedas ikan siakap dengan pes asam pedas Adabi. Memang ia memudahkan kerja anda. Jimat masa. Rasa pun sedap.

Selamat mencuba!

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close