Cara Hilangkan Bau Nasi Hangit

Cara Hilangkan Bau Nasi Hangit
GAMBAR HIASAN - CARA HILANGKAN BAU NASI HANGIT

Cara hilangkan bau nasi hangit. Kalau nasi dah terlebih masak atau hangit, pasti ada cara nak hilangkan bau hangit tu kan. Takkan nak di buang semua. Lebih-lebih lagi kalau dah masak banyak untuk majlis kenduri kahwin dan sebagainya.

Kadangkala kita secara tidak sengaja telah memasak nasi hingga hangit. Kesannya periuk nasi akan berbau hangit setiap kali kita memasak.

Bau nasi hangit memang menyengat hidung. Tetapi jangan risau. Masalah ini dapat dielakkan dengan meletakkan beberapa batang cili kering ke dalam periuk nasi tersebut untuk menghilangkan bau yang tidak disenangi itu.

In Sha Allah bau hangit tersebut tidak melekat lagi. Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close