Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Sarapan Berdua Dengan Si Bujang Di Pagi Sabtu

Sarapan Berdua Di Pagi Sabtu. Hari Sabtu lepas 11 Jun 2022, sempat lari sekejap ke restoran kegemaran si bujang bongsuku kerana dia amat sukakan sayur masak lemak di situ. Senang kata, dia suka kuah lontong yang dimakan dengan nasi putih. Oleh kerana ketika singgah tu jam masih pagi lagi, tak ada nasi putih pulak. So, si bujang makan lontong basah dengan ayam goreng. Dapatlah dia lepas geram sebelum balik ke asrama pada petangnya.

Saya pula pekena nasi lemak ayam.. hmm.. saya rasa mahal harganya. Mungkin kerana seketul ayam kut..

Sarapan Berdua Di Pagi Sabtu

Sarapan Berdua Dengan Si Bujang Di Pagi Sabtu


Sarapan berdua dengan suami ke? Tidak.. sarapan dengan anak bongsu yang nak balik ke asrama. En suami kena kerja separuh hari. Jadi, memang pergi berdua je la.

Menu yang dipilih adalah nasi lemak ayam dan lontong basah dengan ayam goreng. Ayam goreng tu kita mintak potong siap-siap. Senang nak makan dengan lontong.

Sarapan Berdua Di Pagi Sabtu

Sarapan Berdua Di Pagi Sabtu

Saya rasa harga makanan kat restoran tu dah naik berganda la. Nasi lemak ayam dengan lontong basah + ayam goreng, air teh ais 2 gelas.. harga RM23.00. Agak-agak berapa harga seketul ayam? Entah lah. Lepas ni memang kena kurangkan makan kat luar jawabnya. 

Ada sesetengah restoran dah tak jual roti canai dengan alasan harga tepung mahal. So, kena beli roti canai segera dan kita goreng sendiri. Itulah perubahan ekonomi semasa yang mempengaruhi kehidupan dan kos sara hidup juga. 

Sesekali makan kat luar boleh juga tetapi kena tengok harga makanan yang nak di makan tau. Supaya tak timbulkan masalah di kemudiannya.. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments