Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Shopping Kasut Di Johor Premium Outlet

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Shopping Kasut Di Johor Premium Outlet. Dah lama tak jalan- jalan kat JPO rasanya. Last pergi adalah ketika MCO tahun 2021 dulu. Kat JPO ni yang mudahnya kalau nak carik bag dan kasut-kasut. Banyak outlet dan pilihan dalam masa sama. Cuma compare, pilih dan bayar. Kena pada masanya, ada banyak diskaun diberikan pada harga yang kita tak jangka!! Bawak RM1,500 cukup la jugak.. hehe



Since anak bujang kata nak cari sling bag dan kasut sukan.. maka kami pun bergerak ke JPO yang jaraknya cuma 10 minit dari rumah. JPO ni kat belakang rumah kami je. Tu yang rajin shopping kat situ..

Nak pergi kena pilih waktu yang betul tau.. contohnya waktu 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Atau waktu 8.00 malam ke atas. Korang takkan rasa terperangkap dalam kesesakan manusia. Jika tidak.. memang agak susah nak parking dan shopping.

Akhirnya anak bujang dapat beli 2 pasang kasut iaitu running dan gym punya. Dan bag sling RENOMA pun dapat. Mahal jugak rupanya bag ni, lepas discount harga pun masih cecah RM300 lebih..


Mulanya nak masuk Adidas tetapi kena beratur panjang. Maka niat pun terhalang. Tak kuasa nak menunggu. Cuma dapat bergambar dengan logo adidas je.. haha



Saya pun dapat tangkap sepasang kasut Vans, handbag Carlo Rino (murah beb!) dengan blender TEFAL. Nampak tak, blender pun ada kat JPO taw... 😂😂😂

Kasut VANS tu ada discount berganda rupanya. Harga asal RM300 lebih, tag harga tulis RM234 tapi bila nak bayar dia scan tup tup harga RM195 je. Hehe.. rezeki namanya..

Pasal blender, dah emak-emak ni, pegi mana pun mesti ingat dapur. Tak gitu? Terkenangkan food processor kat rumah dah cedera, kita beli la yang baru.

Kalau korang nak shopping dengan harga berbaloi, boleh lah pergi JPO pada waktu sekarang. Semoga dapat beli belah pada harga yang berbaloi ya..


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close