Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Nabi Yusuf Mohon Wafat Dalam Islam Bersama Para Solihin

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Doa Nabi Yusuf, dalam surah Yusuf. Doa Nabi Yusuf Mohon Wafat Dalam Islam Bersama Para Solihin. Doa yang boleh kita amalkan setiap kali selepas solat, walau pun Nabi Yusuf seorang nabi dan rasul yang telah terjimin syurga untuknya.. tetap masih berdoa memohon mati dalam islam, sebagai muslim.

Kita sebagai hambaNya yang dah tentu banyak dosa.. hidup sebagai pendosa setiap hari.. wajar berdoa seperti doa Nabi Yusuf ini.

Doa Nabi Yusuf Mohon Wafat Dalam Islam Bersama Para Solihin

Doa Nabi Yusuf dalam rumi seperti gambar di atas..


Rabbi qad aa taitanii minal mulk
Wa'allamtanii min takwiilil ahadis
Faatiros samaawaa tiwalardhi antawaliyyi
Fiddunya wal 'akhirah
Tawaffanii musliman wa alhiqni bissolihiin

Doa Nabi Yusuf Mohon Wafat Dalam Islam Bersama Para Solihin

Maksudnya:

Tuhanku, bahawa Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kekuasaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil mimpi. (Wahai Tuhan) pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindung ku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang yang soleh.

Doa Nabi Yusuf ni ada dalam al Quran surah Yusuf ayat 101.

Kalau kita ada senarai doa kesukaan, boleh tambah doa di atas sebagai salah satu senarai dari doa-doa anda.

Lagi banyak kita berdoa, lagi Allah suka. Allah suka akan hambaNya yang selalu mengadu dan berserah diri kepadanya. Jangan jadi orang yang sombong kepada Allah. Rugi besar la orang yang tak mahu meminta-minta kepada yang Maha Kaya.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close