
Jalan menjadi hebat adalah jalan penuh duri dan liku. Persiapkan diri dengan perisai iman dan taqwa untuk menuju jaya. Ganjaran manis akan menanti di sana.


Menurut Imam Syafi'i, 3 orang hebat di dunia adalah:-
1. Orang yang mampu menyembunyikan kemiskinannya sehingga tidak pernah meminta-minta kepada manusia di dunia dan di sangka berkecukupan
2. Orang yang mampu menyembunyikan amarah sehingga orang lain menyangka dia redha.
3. Orang yang mampu menyembunyikan kesusahan sehingga orang lain menyangka selalu bahagia.
Jika kita diuji dengan 3 perkara tersebut iaitu miskin, sedang marah dan susah.. apakah kita masih mampu menutup semuanya dan berlagak kita sedang okay-okay saja?
Adakah kita hebat hingga sanggup menanggung semuanya sendirian tanpa sedikitpun terasa lelah.
Berusahalah menjadi orang yang hebat sepertimana disebut oleh Imam Syafi'i. Insya Allah.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.