

Menu yang agak jarang dapat ditemui di kedai lain. Kita makan nasi kukus dengan kuah lemak cili api dan ayam goreng berempah. Berserta dengn ulam-ulaman sebagai balancing hidangan. Yang syiok tu, siap disertakan sambal belacan. Hehe..



Anak-anak memang suka menu ni, kuah lemak cili api tu boleh hirup gitu je sebab tak pedas sangat.
Kalau korang nak buat ayam goreng berempah sendiri, memang mudah. Caranya korang blender semua bahan seperti halia, serai, rempah kari, kunyit.. kemudian lumur pada ayam. Masa gaul dengan rempah, pecah kan telur sebiji dengan tabur garam dan gula sikit. Perap lebih 1 jam lagi bagus. Cubalah.. bila tak habis goreng, boleh simpan dalam peti ais. Goreng esok lusa pun masih elok je rasanya.
Mudah kan? Itulah resepi yang selalu kami buat. Ayam jadi juicy..
Alhamdulillah dapat hilangkan lapar dengan menu sederhana tetapi sedap.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.