Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Aiskrim Malaysia Pelbagai Perisa Mengenang Memori

Beli Aiskrim Malaysia Pelbagai Perisa Mengenang Memori. Alkisah tadi balik rehat ke rumah waktu lunch, ternampak orang jual aiskrim malaysia bawah pokok depan sekolah. Kita pun singgah. Banyaknya pilihan yang ada, semua rasa-rasa hipster, citarasa anak muda! Dulu-dulu aiskrim Malaysia ada 4 rasa popular je iaitu sirap, oren, milo dan sarsi. Paling biasa beli perisa milo.. sedap nya hingga terkenang-kenang. Harganya pun alahai... 10 sen sebatang, kalau panjang sikit jadi 20 sen. 

Kini, aiskrim malaysia dah dimodenkan dengan 1001 rasa yang tak terdikir dek akal.. hehe

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Beli Aiskrim Malaysia Pelbagai Perisa Mengenang Memori


Beli Aiskrim Malaysia Pelbagai Perisa

Beli Aiskrim Malaysia Pelbagai Perisa

Sebatang dijual pada harga RM1.50 disebabkan saiznya yang agak besar. Bila dikunyah lembut je aiskrim ni. Tak la keras kejung macam dulu-dulu. Orang kata aiskrim malaysia yang keras tu sebab dia buat guna air mentah. Entahlah.. kita pun tak pasti kebenarannya..

Beli Aiskrim Malaysia Pelbagai Perisa

Beli Aiskrim Malaysia Pelbagai Perisa

Beli Aiskrim Malaysia Pelbagai Perisa

Aiskrim Malaysia yang kita beli ada 4 perisa berlainan seperti kacang merah, oreo, coklat dan bandung. Bukan ini saja, perisa lain seperti durian, asam boi, kedondong, buah kiwi dan banyak lagi. 

Kalau korang pandai buat sendiri, boleh lah cuba buat dan jual. Modal pun tak besar.. hehe

Ataupun, buat sendiri makan sendiri. Baru puas hati. Nak manis, atau tawar.. sendiri yang bancuh. 

Selamat lah dicuba ya..

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Cuya rajin gk beli, mcm2 perisa ada! Dua sebb kenapa aiskrim keras.
    satu sebb mentah, stu sebb tekanan dlm fridge

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close