So, tadi saya ada cuba satu cara yang mana di kongsikan dalam FB. Maka, saya panjangkan kat korang pulak. Cuba taw!

Petua Rebus Telur Pasti Jadi Dan Senang Dikupas Kulitnya
Senang je rupanya nak rebus telur ayam biar cantik kejadian selepas di kupas kulit dia.
1. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Sukatan air bergantung kepada berapa biji telur yang nak di rebus.
2. Masukkan telur satu persatu, perlahan-lahan. Air sedang mendidih boleh menyebabkan telur mudah pecah.
3. Rebus selama 8 minit.
4. Kemudian, matikan api.
5. Angkat telur semua dan rendam dengan air paip seketika je..
6. Dah sejuk boleh lah dikopek @ kupas kulitnya.


7. Kejadian telur rebus anda akan seperti di atas, licin dan tak rosak isinya. Cengkerang telur pun besar-besar kan? Itu maksudnya mudah di kopek.
Selamat mencuba!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.