Insya Allah, tayar kereta yang sesuai dan dalam keadaan baik membuatkan pemanduan kita lebih tenang.
Sebenarnya dah dari 2 bulan lepas nak tukar tayar belakang tetapi bila sampai kedai tayar.. stok pulak tak ada. Kena order dulu.


Alhamdulillah.. hari ini kita datang awal sikit. Tunggu stok tayar sampai lebih kurang 1 jam. Yang penting dapat tukar tayar Black Knight tersayang. Almaklum dia berjasa kepada kita kan.. kenalah servis dia baik-baik.

Untuk sebiji tayar harga RM470. 2 biji + alignment, kena lah bayar RM975. Kali ini saya yang bayar. Sebab sebelum ini 2 biji tayar depan, En suami yang tanggung kosnya.. hehe
Sebelum tukar tayar, kami ke kedai Bateriku.com. Tukar bateri kereta sekali, sebab dah lebih 3 tahun guna. Rasa macam nak mati-mati kereta masa drive, so kita terus tukar sebelum dia mati di jalan. Brand apa ya? Lupa lah pulak. RM258 dengan warranty 18 bulan. Penggunaannya minima sehingga 2 tahun dan maksima boleh pergi 3 tahun juga, bergantung kepada gaya pemakaian bateri untuk kereta tu..
So, kos perbelanjaan kereta hari ini adalah RM975 + RM258. Bukan selalu, mungkin 2 @ 3 tahun sekali. Betul tak?
Semoga korang jaga lah kenderaan anda samada kecil atau besar dengan sewajarnya demi keselesaan semua orang. Jaga keselamatan orang tersayang.
Ok bye!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.