

Beli Coach Morgan Shoulder Bag Berwarna Hitam
Saya membeli handbag Coach Morgan Shoulder secara atas talian. Handbag yang agak jarang saya beli, di mana ia bersaiz lebar dan pendek. Boleh bawa di bahu atau di silangkan pada tubuh.
Handle pada bahu berukuran 9 inci. Sesuai je letak kat bahu. Warna hitamnya agak solid dan memang nampak berkelas.



Warna hitam bag coach morgan ni juga amat sesuai dipadankan dengan sebarang style. Bahagian dalam beg menggunakan material kulit yang lembut. Ada 2 poket di dalam dan satu poket berzip untuk letak syiling atau kad yang selalu digunakan.
So, sebagai bag yang simple dan minimalis.. saya amat sukakannya untuk ke mana saja.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.