Selawat Kepada Nabi SAW Pada Hari Jumaat

Aynora
3
Selawat Kepada Nabi SAW Pada Hari Jumaat. Selawatlah sebanyak-banyaknya. Jadikan ia amalan khusus kita pada hari jumaat. Insya Allah, kita akan mendapat syafaat dari baginda pada hari kiamat nanti. Dalam diam, dalam bekerja atau sedang memandu, amalkanlah berselawat, tidak perlu berkira-kira. Kita baca setiap kali teringat.. dapat banyak.. alhamdulillah.

PERBANYAKANLAH SELAWATMU

Perbanyakkanlah Selawatmu


Perbanyakanlah selawatmu kepada Rasulullah ﷺ setiap kali menjelang malam dan siang Jumaat yang penuh barakah. 

Peringatkanlah isteri atau suami dan anak-anakmu agar tidak lupa mengulangi sebanyak-banyaknya selawat kepada Baginda ﷺ.

Sayyidina Anas bin Malik (93 H) رضي الله عنه berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

أَكْثِرُوا الصَّلَاةَ عَلَيَّ يَوْمَ الجُمُعَةِ وَلَيْلَةَ الْجُمُعَةِ؛ فَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا.

"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari dan malam Jumaat! Barangsiapa berselawat ke atasku sekali maka Allah SWT akan mengurniakan selawat ke atasnya sebanyak SEPULUH kali."

(Sunan Al-Kubra, no. 5994) Al-Hafiz al-Dzahabi (748 H) berkata: Isnadnya Salih [sanad yang baik], al-Muhazzab fi Ikhtisar al-Sunan al-Kabir, 3/1181)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Semoga bermanfaat. Jika bagus sebarkan kepada sesama rakan muslim kita.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Alhamdulillah, peringatan yang baik untuk hari Jumaat 🤍 Semoga kita sentiasa diberi kelapangan hati dan istiqamah memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW dalam setiap kesempatan. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas peringatan ini. Sharing is caring!

    ReplyDelete
  3. Allahumma solli 'ala muhammad, wa'ala aali muhammad

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top