Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa. Biasalah, bila anak bujang bongsu balik bercuti, kami kena order siakap 3 rasa. Sekarang ni dia bercuti sekejap sebelum start exam SPM pada 2 januari 2025. Hehe.. semoga suksess anakku, dapat straight A ya.. aamiin

Bila dia ada, berselera sikit nak makan, lagi pula dialah yang tukang perabis makanan nanti. 

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Siakap 3 rasa in the house!! Lihat lah sosnya tu, secantik warnanya pun sesedap juga rasanya. 

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Kemudian order juga sotong goreng tepung. Ini antara menu wajib si dia ya.. dengan ibunya sekali. Sebab tu kena order set untuk 2 orang makan..

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Tak lupa juga dinner kami ada minuman berwarna warni, si  ayah jus tembikai, sang anak jus epal dan ibunya nescafe ais. 

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Sate juga dah jadik satu kemestian. Almaklumlah kat asrama susah nak dapat menu macam ni. Bila balik rumah barulah boleh melepaskan rindu pada sate kegemarannya.

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Ikan siakap 3 rasa dan juga stim lemon antara menu kegemaran kami anak beranak. Selain rasa isinya yang lembut, ia juga ikan berdaging putih yang memang bagus untuk kesihatan. Lagi pun, harganya masih boleh tahan dan mampu untuk sesiapa saja yang nak makan. Berbanding steak yang harganya jauh beza dan portion nya yang agak kecil.

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments