
Selamat Tinggal 2024!
Tiada sesalan!
Tiada lagi tangisan semalam.
Tiada lagi dendam
Tiada lagi kekecewaan..
Semuanya telah ditinggalkan di belakang.
Yang di bawa ke depan, biarlah yang baik-baik sahaja. Biarlah suasana positif, keadaan tenang, jiwa damai, hati jernih..
Biarlah yang di bawa ke depan nanti, keluarga yang masih saling menyayangi, dalam keadaan sakinah, mawaddah, warahmah!
Dan harapannya nanti, DIA takdirkan diri ini dengan perjalanan yang mudah, indah dan rakan taulan yang pengasih, jujur dan saling menjaga antara satu sama lain.
Ya Allah, diri ini amat berharap padaMu.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.