Bagaimana pula sifat hati yang terpuji? Apa yang kita perlu ada untuk mengasuh hati kita menjadi salah satu anggota tubuh yang terpuji sifatnya? Sifat hati yang terpuji termasuklah suka bertaubat, Khauf (takut akan Allah), Zuhud, sabar, mensyukuri nikmat, ikhlas, tawakal dan kasih kepada Allah Ta'ala.

Kenapa Hati Manusia Berkarat?
Rasulullah S.A.W. bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata : “Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air.
Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula?
Kata Baginda lagi, "Dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”
Secara ringkasnya, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha untuk membasahkan lidah dan hati dengan zikir-zikir kepada Allah SWT, dan tidak meninggalkan al Quran walau di mana kita berada. Al Quran berada di hati, insha Allah segala perbuatan kita mendahulukan Allah.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.