Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan? Orang kata kalau tangan selalu kebas-kebas, ia ada kaitan dengan kesihatan jantung dan juga diabetes. Itu apa yang orang kata, tetapi apa pula pendapat pakar kesihatan dalam perkara ini.
Tangan rasa kebas? Jangan diam. Kadang kita rasa, “Alah… biasa je ni. Nanti hilang sendiri. Tapi kalau kebas tu datang berulang, makin kerap, makin kuat, itu mungkin petanda ada sesuatu yang tak kena.

Tangan rasa kebas? Jangan diam. Kadang kita rasa, “Alah… biasa je ni. Nanti hilang sendiri. Tapi kalau kebas tu datang berulang, makin kerap, makin kuat, itu mungkin petanda ada sesuatu yang tak kena.

Apa punca tangan kebas?
1. Ada orang kebas sebab saraf terhimpit.
2. Ada yang tak tahu dia ada diabetes.
3. Ada juga yang cuma fikir stres, padahal rupanya slip disc.
Tubuh kita tak pernah menipu. Bila ada isyarat, dengar.
Lebih awal kita tahu puncanya, lebih mudah untuk dirawat.
Menurut FB Public Health Malaysia, ada beberapa sebab kenapa tangan kita berasa kebas:
1. Anxiety dan stress
2. Kekurangan vitamin B12
3. Penggunaan telefon atau gadget terlalu lama
4. Dehidrasi atau kekurangan elektrolit
5. Slip disc - sakit tulang belakang
6. Diabetes
7. Posisi tidur yang salah
8. Saraf terhimpit atau Carpal Tunnel Syndrome
9. Tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi
Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan?
Kita dah baca penerangan di atas tadi kenapa tangan kebas? Dengan itu, apa yang boleh kita buat untuk merawatnya?
• Catat bila kebas berlaku dan berapa lama
• Periksa tahap gula dalam darah
• Jumpa doktor jika kebas makin teruk atau menjejaskan pergerakan
• Jaga postur semasa kerja dan rehatkan tangan dari beban berulang
• Jangan abaikan kesihatan mental, stres juga beri kesan pada saraf
Info di atas saya kongsikan daripada FB #PublicHealthMalaysia, semoga kita mendapat sedikit landuan dan manfaat dari perkongsian tersebut. Jika anda ada simptom berterusan terhadap tangan anda yang kebas-kebas, segeralah mendapatkan nasihat dari pakar yanh barkaitan.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.