Aynorablogs - Hello Orang Baik!

Top Ads

Menabung Melalui Bead & Charm Emas 916

Menabung Melalui Bead & Charm Emas 916. You alls kita ni susah betul nak displin menabung, kan? Untuk mengelak dari menabung, saya gantikan dengan beli charm @ bead emas 916, biar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Memang emas ni banyak bantu my family mengurus kewangan dengan baik dalam jangka panjang. Contohnya, anak bongsu saya nak further study ke luar negara, dan persiapan permulaan dia je dah cecah RM30,xxx. Memanglah kami ada xash in hand, tetapi untuk membantu meringankan beban, saya jual sebahagian simpanan emas saya lebih kurang 46 gram, bersamaan RM27,000. Alhamdulillah.. dapat ringankan sikit perbelanjaan tu.

Menabung Melalui Bead & Charm Emas 916


Berbalik kepada menabung emas ni, saya praktikkan bersama-sama rakan sekerja untuk beli bead @ charm sikit-sikit setiap bulan. Satu bead mengikut harga emas sekarang adalah lebih kurang RM250 ke atas, bergantung kepada beratnya.

Menabung Melalui Bead & Charm Emas 916

Contohnya, bead yang berbentuk bulat bersaiz kecil beratnya 0.25 gram dan saya beli minggu lepas harganya RM270, ada dapat voucher semua dia jadi kurang sikitlah. Beli 3 ketul = RM810. 

Kemudian, bead yang saiz besar sikit beratnya 0.31 gram, seketul beli harganya RM336. Beli 3 ketul sekaligus dapat RM1,008.

Menabung Melalui Bead & Charm Emas 916

Untuk tali dia, murah je.. sekitar RM40.00. Tetapi rantai tangan PDR emas 916 yang khas untuk bead dan charm tu saya beli 2 minggu lepas pada harga RM3,302 dengan berat 4.37 gram. 

Hmm.. tapi bila try pasang pada rantai tangan PDR tu macam tak berapa cantik. Sebab tu saya pasang pada tali leather je. Nampak lagi cantik. 

Menabung Melalui Bead & Charm Emas 916

Menabung Melalui Bead & Charm Emas 916

Menabung Melalui Bead & Charm Emas 916

Loket tergantung bentuk bunga tu dipanggil charm. Saya beli dah 3 minggu lepas. Beratmya 0.25 gram dengan harga RM276 gitu..

Sebab apa saya kata menabung dengan bead atau charm ni bagus kerana nilainya di masa depan. Kita tak tahu bila masanya kita memerlukan wang tunai yang banyak untuk tujuan tertentu. Jadi, dengan menabung begini kita dapat win-win situation. Boleh dipakai bila suka dan dalam masa sama sebagai pelaburan juga.

Bulan depan saya akan menabung lagi, sampai target nak penuhkan tali kulit tu. Anggaran bila penuh tali tu, saya akan dapat menyimpan sehingga 8 gram emas, tergantung kepada berat bead dan charm yang saya beli. Nilainya? Anda kira sendiri.. sebab harga emas sekejap turun dan selalu naik. Hehe..

Ok guys, selamat menabung.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close