Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>

1 Mei - Selamat Hari Buruh Untuk Semua Pekerja Di Malaysia

Selamat Hari Buruh Untuk Semua Pekerja Di Malaysia. 1 Mei setiap tahun akan disambut sebagai Hari Buruh / Labour Daya/ Hari Pekerja di seluruh dunia! Yang kita tahu 1 Mei akan ada public holiday, dapatlah cuti free daripada majikan. Dapatlah pergi makan-makan, hehe.. kalau cuti jatuh hari jumaat, dapatlah 3 hari cuti berangkai. Siapalah yang tak suka cuti, itulah antara hari yang gunakan untuk berehat seketika daripada beban kerja. 

Sejarah 1 Mei Sebagai Hari Pekerja

Dari carian di Google, 1 Mei diiktiraf sebagai Hari Buruh/Pekerja untuk memperingati perjuangan hak pekerja, terutamanya tuntutan 8 jam bekerja sehari yang bermula daripada mogok umum di Chicago, Amerika Syarikat pada 1 Mei 1886, yang memuncak dengan Peristiwa Haymarket pada 4 Mei 1886. Ia kini menjadi cuti antarabangsa untuk menghargai sumbangan buruh, dengan sambutan di Malaysia bermula sebagai cuti am pada 1 Mei 1973. Lama ya sejarah dia bermula, dan Malaysia pun sudah mengiktiraf jasa pekerja bertahun yang lalu.

Berbanggalah jika anda jadi pekerja, kerana dalam masa yang sama kita menjayakan perniagaan orang lain selain kita juga mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha kita, yang dilakukan dengan amanah dan ikhlas.

1 Mei - Selamat Hari Buruh Untuk Semua Pekerja Di Malaysia

Selamat Hari Buruh Untuk Semua Pekerja Di Malaysia


Selamat Hari Buruh/ Hari Pekerja 2026!!

Saya juga pekerja, saya juga kuli macam sesetengah korang juga. Cuma saya adalah bos di rumah! Hehe.. 

Berapa lama dah bekerja ya? Berapa lama jadi pekerja? Hmm... Lama juga saya bekerja makan gaji @ jadi kuli. Anggaran 2 dekad lebih (lebih 20 tahun). Kebanyakan syarikat saya bekerja adalah syarikat korporat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Jika korang bekerja di syarikat korporat, ada banyak policy dan procedure ya. Dan setiap inci yang korang buat, kena fikir - nanti audit tanya 😁😅 hehe. Eh.. kita kerja untuk audit ke untuk owner syarikat? Entahlah.. 😂😂

Sedikit pesanan untuk mereka yang bergelar pekerja 


1. Sedar diri kita adalah pekerja
2. Hormati hak bos (majikan) dan agar kita juga dihormati
3. Jangan curi makan - jangan mengular, nanti rezeki tak berkat
4. Mengikut arahan, jika ianya benar dan betul
5. Bekerja dengan penuh dedikasi dan "jatuh cinta" dengan kerja anda
6. Tinggalkan hal kerja di tempat kerja - work smart
7. Korang tambah sendiri... 😍😅

Segala pesanan itu adalah untuk diri saya sendiri juga. 👍

Secara umumnya ada hak-hak pekerja yang korang kena ambil tahu, antaranya;

Hak pekerja di Malaysia dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) dan perundangan berkaitan, merangkumi gaji minimum, cuti berbayar, waktu kerja, caruman KWSP/PERKESO, dan keselamatan tempat kerja. Pindaan terkini termasuk 98 hari cuti bersalin, 7 hari cuti paterniti, pengurangan waktu kerja (45 jam/seminggu), dan perlindungan daripada diskriminasi.


Hak-Hak Utama Pekerja di Malaysia


1. Gaji Minimum & Bayaran Kerja Lebih Masa (OT): Pekerja berhak menerima gaji minimum mengikut kadar semasa dan bayaran kerja lebih masa (OT) yang sah.

2. Waktu Kerja & Cuti: Waktu kerja maksimum dikurangkan kepada 45 jam seminggu. Pekerja layak mendapat cuti tahunan, cuti sakit, dan cuti umum yang berbayar.

3. Cuti Bersalin & Paterniti: Cuti bersalin ditingkatkan kepada 98 hari, dan cuti paterniti selama 7 hari.

4. Keselamatan dan Kesihatan (OSHA 1994): Majikan wajib menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan peralatan perlindungan diri (PPE). Pekerja berhak melaporkan keadaan tidak selamat kepada JKKP

5. Perlindungan daripada Diskriminasi: Pekerja dilindungi daripada diskriminasi berasaskan agama, jantina, etnik, atau kecacatan.

6. Larangan Buruh Paksa: Pindaan melarang buruh paksa dan menetapkan prosedur ketat untuk pengambilan pekerja asing.

7. Pembayaran Gaji: Gaji mesti dibayar melalui institusi kewangan (bank) untuk ketelusan. Tetapi jika kedua-dua pihak telah bersetuju, ada juga majikan yang membayar gaji pekerja secara tunai.

Kerana hari ini adalah hari kita yang bergelar pekerja, marilah sama-sama jadikan 1 Mei sebagai langkah baru yang bersemangat untuk jadi pekerja yang bukan sekadar mengejar gaji cukup bulan sebaliknya ia adalah batu loncatan untuk kita jalan terus ke depan dengan visi seorang pekerja yang jelas dan memudahkan segala urusan majikan dan rakan sekerja yang lain.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments